Perkara Asas Tentang Nisbah Gear

Perkara Asas Tentang Nisbah Gear (Gear Ratio) Kekili

Secara ringkasnya, gear ratio yang tercatat pada kekili adalah nisbah pergerakan putaran kekili (satu kayuhan lengkap) berbanding putaran gelendung atau spool kekili.

Sebagai contohnya jika kekili itu menyatakan gear ratio 4.8:1 maka ia membawa maksud satu pusingan kayuhan lengkap, pusingan gelendung kekili adalah sebanyak 4.8 kali. Jika gear ratio 6.3:1 maka gelendung akan berpusing sebanyak 6.3 kali untuk satu kayuhan lengkap.

–> 1 putaran pengayuh = 4.8 putaran gelendung

–> 1 putaran pengayuh = 6.3 putaran gelendung

Dalam erti kata lainnya, semakin besar nisbah semakin laju kemampuan kekili berkenaan mengulung kembali tali ke dalam gelendungnya.

Sistem gear ratio ini memberitahu kita tentang kuasa yang terdapat pada kekili tersebut tidak kiralah ia kekili menegak mahapun mendatar. Pada masa yang sama ia berperanan menentukan kesesuaian kekili dengan teknik pancingan yang ingin kita praktikan.

Gear ratio ini jika hendak dibuat perbandingan, ia samalah seperti transmisi atau gear motosikal. Gear ratio rendah umpama gear 1-2 yang mana ia lebih berkuasa untuk menggerakkan motor. Sementara gear ratio tinggi pula umpama gear 4-5 yang lebih khusus untuk kelajuan.

Atau dalam erti kata lainnya, kekili dengan ratio rendah lebih sesuai untuk pancingan menarik beban yang lebih seperti menggunakan gewang selaman dalam, manakala gear ratio tinggi untuk pancingan karauan laju seperti menggayakan gewang permukaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *