Memancing Bersama Jaguh-Jaguh Badminton Malaysia

Tidak dinafikan lagi, hobi memancing adalah aktiviti untuk semua lapisan umur, aktiviti memancing juga dapat mengeratkan silaturahim diantara semua lapisan masyarat termasuk lah Lagenda Badminton Malaysia Zakry Latif dan rakan-rakan yang lain. Mini-Tournament tertutup yang dianjurkan oleh TCE Tcakles Sdn Bhd dengan kerjasama Azley (Tester) berjaya diadakan untuk menyambut tetamu dari Kuala Lumpur yang terdiri daripada Zakry Latif, Najib Latif, Faizahisham, Roslan Naim, Hafizin Lazim, Azwan Lazim, Latip Ahmad, Asral Fadli, Ameerul Syafiq, Shawal Misbun, Khairul Khafizi, Khairummuzamil Fazmi dan Abdul Hashim Ag Damit. Pertandingan ini diadakan di Kolam Pancing Ko-Nelayan, Tuaran, Sabah kerana ikan kolam disini sangat mencabar untuk dijinakkan disebabkan banyak struktur mudah sangkut terutamanya dibawah pelantar, dan antara ikan-ikannya adalah Kerapu Hybrid, Siakap, dan Siakap Merah. Terima kasih kepada TCE Tackles Sdn Bhd sebab telah menaja barang-barang dan baju memancing seperti Joran AJIKING BLACK HUNTER, kekili AJIKING WAHOO MAX, Tali benang AJIKING BUSTER 9, AJIKING TOURNAMENT JERSEY, dan banyak lagi. Gabungan peralatan mancing tersebut beraksi dengan sangat cemerlang untuk menewaskan kerapu bersaiz gadang walaupun yang bersaiz 16kg. Malangnya pada hari tersebut kami dilanda hujan lebat, namun itu langsung tidak mematahkan semangat kami untuk memancing, berkat semangat kerjasama dikalangan sahabat-sahabat, kami berjaya daratkan lebih daripada 50 ekor ikan tanpa ada ikan yang mati sebab cedera.