Mencandat Bersama Motac Pahang

RASAI SENDIRI TARIKAN SI LEMBUT DI PERAIRAN MERUPAKAN SATU PENGALAMAN YANG SANGAT MENGUJAKAN !

Bermula 10 Jun 2020 yang lalu, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia pada bulan Mac yang lalu. Perlaksanaan kawalan gerakan pemulihan ini telah memberikan sedikit sebanyak ruang dan peluang kepada kebanyakan kaki pancing di Malaysia untuk melepaskan gian yang turut terkurung selama hampir 4 bulan lamanya. Antara salah satu strategi kawalan pergerakan pemulihan ini ialah kebenaran melakukan aktiviti riadah seperti memancing dengan syarat kawalan SOP wajiblah dipatuhi oleh semua pihak. Khabar gembira ini telah membuatkan ramai pemancing semakin teruja dan bersemangat untuk kembali beraksi di medan perang.

Jat Rompin membuka laluan dengan strike yang pertama.

Wak Rem turut berasa gembiradengan spot yang dibawa oleh Jat Rompin Boat Charter sambil menunjukkan hasil candatnya. (Kanan)

Pengalaman yang bermakna buat Pengarah MOTAC negeri Pahang, Ybhg. Dato’ Hj. Idros yang tersenyum bangga sambil menunjukkan hasil tangkapannya. (Kiri)

Trip Pendek Bermakna

JAT ROMPIN BOAT CHARTER

Saiz Bot : 36 X 10
Kuasa Enjin : Suzuki 200HP Twin
Kapasiti : 7 orang
Hubungi Jat Rompin Boat Charter :
+60 14-604 9917

Sehubungan dengan itu, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pahang (MOTAC), YBhg. Dato’ Hj. Idros bin Yahyatelah mengadakan satu short trip mencandat sotong di perairan Laut China Selatan pada tarikh 4 Julai 2020 yang lalu. Ini merupakan saat yang paling sesuai untuk mencandat kerana musim sotong yang ditunggu-tunggu telah tiba. Aktiviti ini telah diterajui oleh JAT ROMPIN BOAT CHARTER dengan penyediaan perkhidmatan bot milik persendirian serta berpengetahuan luas dari segi lubuk terbaik bagi sesetengah spesies air membuahkan hasil apabila mereka berjaya tidak pulang dengan tangan yang kosong.

Boy juga turut mengangkat hasil tangkapannya.

Besar saiz sotong yang telah berjaya dinaikkan

BAKAU SQUID JIG – Squid Master Pilihan Saiz: 2.0(75mm), 2.5(95mm), 3.0(115mm), 3.5(130mm)

Mirul dan Angah masing-masing menunjukkan sotong yang berjaya dinaikkan hasil penggunaan Squid Master Jig keluaran Bakau.

Musim Sotong

Pada akhir Mac hingga Julai setiap tahun, ialah musim yang paling sesuai untuk mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda.

Source: https://matakail.com.my/mencandat-bersama-motac-pahang/

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran