Kenali Spesis-Ebek Bulat

Perairan Tioman& Rompin merupakan lokasi yang sesuai untuk menjerat spesis Ebek Bulat atau nama saintifiknya African Pompano yang merupakan salah satu dari keluarga Caringidae.Ebek bulat kebiasaanya bergerak secara berkumpulan namun agak sukar untuk menggodanya menggunakan jig mahupun umpan tiruan. Umpan terbaik untuk memikatnya adalah sotong dan udang hidup.

Baru-baru ini saya berpeluang mendaratkan spesis Ebek bulat seberat 8kg menggunakan umpan sotong di perairan berhampiran Tioman. Ikan Ebek bulat terkenal dengan daya juangan yang tinggi dan sering melakukan renangan menjunam ke bawah, namun keupayaan joran Ajiking Zigmax yang berkekuatan PE2-4 tidak mempunyai masaalah untuk menghadapi situasi sedemikian. Joran ini mempunyai lifting power yang sangkat baik, ianya membantu untuk mengawal dan seterusnya mendaratkan ikan. Menggunakan tali Ajiking Buster 9 berkekuatan 30lbs, karauan dilakukan tanpa keraguan.