Pancingan Udang Galah

Udang galah merupakan hidupan air dari keluarga krustasea yang paling popular dipancing selepas ikan. Walaupun memancing udang galah adalah lebih santai namun untuk memancingnya banyak aspek yang perlu dititikberatkan.

Peralatan

  • Joran dan kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4-5 kaki panjang dan kekili tidaklah perlu besar (siri 1000 dan ke bawah).
  • Tali Utama seeloknya antara 10-15lb manakala perambut pula antara 6-10lb.
  • Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 – 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
  • Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 1-6 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.

Umpan

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

⇒ Jika sudah pasti udang telah menelan umpan (dengan melihat henjutan di hujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali.

Di sinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang sama ada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

 

Source: https://matakail.com.my/pancingan-udang-galah/

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran