Kenali Spesis Kerapu

Sebut sahaja ikan kerapu umumnya ramai orang sudah mengenali. Perairan negara kita Malaysia sememangnya lubuk kerapu.Dari muara sungai bawa ke pantai sehingga ke laut dalam ikan kerapu mudah ditemui. Dibawah ini ada beberapa gambar ikan kerapu yang datang dari pelbagai spisis. Ikan kerapu merupakan ikan dalam keluarga Serranidae dan terdapat dalam beberapa jenis keluarga kecil yang lain.

KERAPU GARIS BIRU (Bluelined Grouper)

Kerapu garis biru atau Cephalopholis Formosa bukanlah asing dalam kalangan ikan diperairan negara kita. Habitat dikawasan karang yang agak tebal. Saiz ikan yang agak biasa serta mempunyai isi yang agak liat tak seperti kerapu lain. Bentuk ikan kerapu garis biru seperti kerapu yang lain cuma warnanya agak gelap dan bergaris biru halus menganjur dari depan hingga kebelakang ekor. Kerapu garis biru mudah untuk dikenali kerana coraknya yang agak berbeza dengan kerapu yang lain. Dengan sedikit sentuhan warna yang menarik, kerapu ini sesuai dijadikan ikan peliharaan atau ikan akuarium.

KERAPU COMBAT (Epinephelus Erythurus)

Kerapu tompok awan ini juga dikenali dengan nama kerapu kombat. Mungkin coraknya yang celoreng seperti baju askar lalu di panggil kerapu kombat.Corak pada kerapu kombat ni memang cantik dan sesuai dijadikan ikan akurium memandangkan saiz kerapu ini tidak sebesar kerapu lain. Ikan kerapu kombat tak susah untuk dicam kerana coraknya yang tersendiri dan berbeza dengan corak kerapu yang lain.

KERAPU BINTIK OREN (orange spotted grouper)

Ikan kerapu bintik oren juga dikenali kerapu bintik jingga. Selain itu di sesetengah tempat kerapu bintik oren dikenali juga sebagai kerapu pinang. Kerapu bintik kuning dikenali sebagai orange spotted grouper dalam Bahasa inggeris. Ikan kerapu bintik kuning seakan ikan kerapu batu (red banded grouper), ikan kerapu boron (malabar grouper) dan juga kerapu ekor gelap (duskytail grouper).

KERAPU BELANG (Cephalophlis Boenak)

Kerapu belang atau dalam inggerisnya brown-barred grouper. Pagi pemancing Melayu khasnya lebih suka memanggil kerapu keling. Saya minta maaf kalau istilah ini membuat seseorang tersinggung. Kerapu belang mudah ditemui terutama di kawasan karang atau di kawasan yang berstruktur seperti tiang binaan dalam laut. Saiz kerapu belang agak kecil berbanding kerapu lain. Walaupun kerapu belang ini kecil namun mampu menelan seekor ikan yang boleh muat dalam mulut yang luas.

Source: https://matakail.com.my/kenali-spesis-kerapu/

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran