Kelebihan Power Handle Kekili Spinning

   Kelebihan Power Handle Kekili Spinning

Kini, terdapat pelbagai jenis kekili mengikut bajet dan citarasa para pemancing. Sungguhpun begitu, kekili spinning sentiasa mendominasi dalam kalangan pemancing. Hal ini adalah kerana kekili jenis ini adalah lebih praktikal dan mampu digunakan untuk pelbagai spot pancing. Salah satu komponen yang mempengaruhi kualiti sesebuah kekili spinning adalah sistem power handle. Kebiasaannya, kekili yang dilengkapi dengan fungsi power handle ini harganya adalah lebih mahal berbanding kekili biasa ..

AJIKING BARRAMUNDI PLUS

Apakah yang dimaksudkan dengan Power Handle ?

Secara amnya, fungsi handle adalah untuk mengarau atau menggulung tali pancing. Istilah power handle wujud apabila pemegang / handle disambungkan ke gear pemacu sehingga tidak memerlukan skru nat pengunci dari sisi untuk mengetatkan pegangan. Apabila kita mengayuh handle ke arah hadapan, handle yang disambungkan ke gear pemacu akan mengetatkan dengan sendirinya. Sebaliknya, jika kita putarkan ke arah yang bertentangan, pegangan akan melonggarkan.

Karauan kekili akan lebih lancar dengan adanya sistem power handle

Kelebihan kekili yang memiliki sistem POWER HANDLE

Kelebihan reel yang memiliki sistem power handle ini dapat dirasai ketika strike dan berlawan dengan ikan sasaran. Kekili mendatar tanpa power handle atau pemegang kuasa yang menggunakan skru nat pengunci dari sisi, harus diperiksa dan diketatkan skru nat pengunci tersebut secara berkala. Hal ini adalah kerana skru nat pengunci sering longgar ketika bertarung dengan ikan. Jika tidak dikunci dengan kemas, ini boleh menyebabkan kerosakan pada reel anda.

Source: https://matakail.com.my/kelebihan-power-handle-kekili-spinning/

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran