Spesis ini memang sinonim dengan pemancing yang ingin membuang masa lapang seakan tidak lengkap rasanya jika gagal memujuk ikan ini. Ikan Bulan atau nama saintifiknya Magalops cyprinoides merupakan ikan air masin. Mari kenali habitat ikan ini.
Untuk memburu ikan ini, kita harus memahami sifatnya. Ikan bulan merupakan ikan yang menhuni di Kawasan muara, paya bakau atau kawsan takungan air yang mempunyai kadar kemasinan yang sesuai dengannya. Ikan ini gemar bermain di Kawasan yang terbuka berdekatan permukaan air dan salah satu tabiat ikan ini adalah mengambil udara sambal mempamerkan sisik kilat. Ini merupakan salah satu cara untuk pemancing mengenal kehadiran ikan bulan.
Namun, jangan disangka ikan ini muda dipujuk. Antara sikap luar biasa yang ada pada ikan ilah culas dan jual mahal. Keadaan ini kerap berlaku dan sukar menghentam gewang atau softplastics. Larian deras dan lompatan yang memukau pasti membuatkn kita tidak jemu dengan spesis ini.
Untuk mengenali gewang yang sesuai untuk casting ikan ini ialah popper kecil, sesudu, minnow, soft plastic dan jig mikro. Oleh kerana ikan ini jarang melebihi saiz 1kg, maka penggunaan gewang yang kecil (tidak melebihi 7cm) adalah lebih praktikal. Jika anda seorang pemancing fly, ia juga adalah satu teknik yang terbukti lebih efektif untuk menggoda ikan bulan.
Namun perkara yang paling penting adalah menggunakan mata kail yang tajam dan kuat.
Ini kerana ikan bulan mempunyai rahang yang lembut, menyukarkan kita membuat solid hookup.