Travel rod atau rod 4 batang merupakan salah satu rod kegemaran kaki pancing yang suka dibawa ke mana sahaja kerana kelebihan travel rod adalah mudah disimpan, ringan, lasak, jimat ruangan dan senang untuk lipat. Jika batang joran yang panjang susah disimpan dan dibawa seperti kereta kecil dan motor kerana mempunyai risiko yang tinggi seperti patah atau tidak muat untuk dibawa ke tempat mancing.
Travel rod sekarang sudah tidak masa seperti terdahulu kerana kecanggihan teknologi sekarang membolehkan travel rod mempunyai tahap ketahanan yang tinggi dan juga sensitif yang menakjukkan. Travel rod yang dulu mudah patah dibahagia penyambung rod dan kurang sensitif apabila melawan ikan.
Terdapat satu travel rod yang mantap dan harga rahmat untuk memiliki iaitu travel rod dari jenama ajiking wanderer. Dengan reka bentuk yang menarik dan cantik, seumpananya menyuruh saya untuk memiliki satu. Travel rod wanderer ajiking didatangkan dengan 4 model iaitu 604 MS, 664MHS, 604MC, 664MHC. Berat rod tersebut sekitar 120g hingga 136g sahaja. Manakala 6-15lb & 8-17LB. Mak load 5kg hingga 6kg shj.
Apa yang menarik tentang travel rod wanderer ajiking adalah menggunakan fuji slim “O” conceprt guides, senang kata adalah cincin yang berkualiti dan tahan panas. 24 carbon blank memberikan pengguna tahap sensitif yang meksiman. Pegangan rod menggunakan premium split EVA handle, ianya sangat selesa apabila melakukan casting.