Largemouth Bass (LMB) (Micropterus salmoides) ialah spesies ikan pemangsa yang berasal dari Amerika Utara. Ia terkenal dalam sukan memancing kerana sifat agresifnya dan keupayaannya untuk melawan dengan kuat apabila terkena mata kail.
Antara Ciri-Ciri Fizikal Largemouth Bass adalah badan berwarna hijau zaitun dengan corak tompok hitam di bahagian sisi. Mulut besar yang mampu menelan mangsa hampir sebesar kepalanya sendiri. Panjang boleh mencecah 50-75 cm dengan berat maksimum sekitar 10 kg. Pemangsa agresif yang sering menyerang ikan kecil, katak, dan serangga air.
Largemouth Bass lebih suka kawasan yang mempunyai air tenang dan jernih seperti Kolam, tasik, dan empangan. Struktur semula jadi iaitu kayu tenggelam, batu, dan rumpai air menjadi tempat sembunyi untuk memburu mangsa. Manakala,suhu air sederhana (15-25°C) kerana ikan ini memerlukan air yang stabil untuk berkembang biak.

Teknik-teknik untuk memancing Largemouth Bass adalah menggunakan Gewang. Largemouth Bass terkenal kerana kesukaannya mengejar gewang, terutama yang menyerupai ikan kecil. Antara gewang yang berkesan minnow yang kecil seperti shinju sj500, strike pro skinny mini EG-222, Bakau BNL1827.
Topwater lure (Poppert) – Sesuai untuk memancing di permukaan air. Contohnya gewang strike pro water strike eg226
Soft Plastic Baits – Cacing getah dan creature bait sangat efektif di kawasan yang banyak kayu tenggelam. Contoh shinju ezbait mentap
Teknik Casting dan Retrieving
Slow retrieval – Tarik gewang perlahan untuk menarik perhatian bass yang lebih berhati-hati. Twitching & Jerking – Pergerakan mengejut membuatkan bass lebih agresif menyerang gewang. Bottom bouncing – Menggunakan soft plastic yang menyerupai cacing untuk menarik perhatian bass di dasar air.
