Palomar knot merupakan sambungan umum bagi menghubungkan tali pancing dengan mata kail atau kekili. Ia merupakan salah satu simpulan tali pancing yang paling kukuh.
Langkah 1
Buatkan satu lingkaran tali dengan ukuran tali 3 hingga 4 inci dengan menggandakan tali dan masukan loop tersebut melalui lubang cincin mata kail.
Langkah 2
Buatkan satu simpulan biasa dan biarkan ia longgar sahaja. Masukan mata kail ke dalam hujung lingkaran tali.
Langkah 3
Apabila mata kail telah dimasukan sepenuhnya tarik bahagian tali utama dan juga hujung mata kail perlahan-lahan.
Langkah 4
Ketatkan dan kemaskan simpulan serta potong lebihan tali.