Blood Knot
Ikatan blood knot adalah teknik yang popular di kalangan pemancing layang. Ikatan ini digunakan untuk menghubungkan dua tali pancing yang mempunyai ketebalan diameternya yang lebih kurang sama. Contohnya 40lbs dengan 30lbs, 30lbs dengan 20lbs. Kekuatan ikatan ini akan diperolehi apabila lilitkan sekurang-kurangnya lima kali telah dibuat pada dua tali yang disambung.
Langkah 1

Ambil salah satu tali pancing yang hendak dihubungkan dan lilitkannya sebanyak lima kali atau lebih lilitan ke tali yang satu lagi dari arah bertentangan. Kemudian selitkan hujung tali tersebut antara kedua-dua tali di mana kedua-duanya mula bertembung
Langkah 2

Setelah itu ambil hujung tali yang satu lagi dan lilitkan pula ke pangkal tali yang telah dililit awal tadi. Selepas itu masukkan hujung tali ke dalam bulatan yang terhasil di mana hujung tali yang diselitkan tadi tetapi dari arah yang bertentangan
Langkah 3
