Improved Clinch Knot telah menjadi salah satu ikatan yang sangat terkenal untuk mengikat mata kail dengan tali pancing. Selain mudah dan cepat, teknik ikatan ini juga kuat dan boleh dipercayai. Walaupun teknik ikatan ini sudah biasa digunakan oleh kebanyakkan pemancing namun ianya tidak sesuai digunakan untuk tali pancing yang saiznya melebihi 30 lb dan ke atas.