Musim Tengkujuh Haruan Menganas

Ikan Haruan atau dikenali sebagai snakehead dikalangan pemancing diseluruh malaysia. Ikan ini bole hidup dikawasan air bertakung ataupun d kawasan yang ada arus, seperti lombong, sungai, tasik, mahupun parit. Lokasi yang saya mancing pada kali ini berada ditengah-tengah bandar yang membangun, kerana ingin menguji dan ingin mengetahui selera dan habitat ikan haruan ini dengan secara mendalam lagi. Peralatan pancing yang saya guna pada kali ini ialah kekili Ajiking Cast Game Color Up Ratio 6.2.1 berkekuatan drag 6kg, kerana saya ingin mengunakan 2 teknik pancing yang selalu orang guna iaitu permukaan dan gewang tengelam. Joran pulak saya mengunakan Ajiking Black Bull 8-17lbs, berkekuatan sederhana kerana saya perlukan joran yang ringan untuk casting sepanjang hari ditambah lagi dengan kawasan yang tidak mudah sangkut. Tali pulak Ajiking Legend Braid yang berkekuatan 20lbs dimana tali ini boleh membaling gewang jauh walaupun hanya 6gram. Umpan pulak mengunakan softfrog daripada jenama Bakau. Teknik menjalankan gewang dipermukaan sangat berkesan untuk memujuk ikan haruan dimana-mana kawasan yang cetek terutamanya dikawasan parit atau sungai.