7 Jenis Candat Sotong Popular Di Malaysia

Kebiasaanya musim candat sotong akan tiba bermula April hingga penghujung bulan Julai. Candat atau squid jig merupakan sebuah alat yang direka khas untuk menarik perhatian sotong supaya menyambarnya. Pelbagai jenis candat telah berada di pasaran dan ini antara 7 jenis candat yang popular di negara kita.

CANDAT LIDI

Ada juga yang memanggilnya candat apollo kerana ia digunakan dengan kaedah perambut apollo atau ikatan paternoster rig. Ia merupakan candat `killer’ masa kini berikutan penggunaannya dikatakan amat berkesan berbanding candat-candat lain.

CANDAT TWIST

Candat Twist lazimnya berfungsi sebagai pemberat. Ia diperbuat daripada timah (ada juga yang mengubahsuai batu ladung), dan badannya dibalut dengan kain atau tali sulam yang berkilat terang atau mampu memantulkan cahaya. Ia turut dilengkapkan dengan mata kail candat yang berfungsi sebagai penyangkut sotong.

CANDAT MAYAT

Candat mayat lebih merujuk kepada bentuk seumpama bentuk mayat yang dikafankan. Ia lazimnya diperbuat daripada plastik atau getah yang mampu menyerap dan memantulkan cahaya. Badannya dibalut dengan fabrik nipis berkilau dengan pelbagai warna. Ia turut dilengkapi satu atau dua sisir mata kail.

CANDAT UMPAN

Candat umpan lebih merupakan alat yang diperbuat daripada besi atau dawai keras sebesar lidi kira-kira sejengkal dan bersisir dengan mata kail dibawahnya. Candat ini perlu dicucuk dengan ikan sebagai umpan untuk menarik perhatian sotong.

CANDAT UDANG

Candat udang atau squid jig sebenarnya adalah gewang tiruan berbentuk udang yang dilengkapi mata kail bersisir, yang lazimnya digunakan untuk mencandat sotong mengabang.

CANDAT IKAN

Candat ikan atau turut dikenali sebagai candat buntal lebih merupakan candat yang direkabentuk seperti ikan. Ia mempunyai ciri-ciri ringan dan tiada pemberat. Badannya pula agak gemuk dan gempal.

CANDAT LED

Candat ini merupakan inovasi terbaru dalam penciptaan candat untuk memikat sotong. Konsep yang dipersembahkan oleh candat lebih bersifat secara terus dengan menggunakan cahaya untuk menjerat sotong. Lampu LED yang dinyalakan di dalam candat dengan kuasa bateri merupakan senjata utama candat ini.

Source: https://matakail.com.my/7-jenis-candat-sotong-popular-di-malaysia-2/

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran