Sistem Bait Finesse

   Sistem Bait Finesse

Pada dasarnya, bait finesse system (BFS) merupakan teknik pancingan casting dengan penggunaan set pancingan ringan. Sistem ini telah diperkenalkan oleh Jepun dimana para pemancing pada suatu ketika dahulu menghadapi tekanan memancing ikan Bass yang menjadi semakin sukar untuk ditangkap dengan umpan tradisional. Dengan gewang yang sangat ringan, rod dan spool yang sedia ada tidak mempunyai ketepatan pada balingan. Oleh hal demikian, para pengilang meghasilkan shallow spool yang lebih ringan untuk membantu memudahkan balingan gewang pergi lebih jauh dan tepat.

Pancingan bait finesse ini juga boleh disesuaikan untuk pancingan ultralight jika mengikuti klasifikasi joran dan kekili yang telah di buat iaitu 6lbs dan kebawah. Namun, jika setup 4-10 atau 6-10 dan sebagainya juga dikatakan Finesse untuk kekili bait casting kerana kekili ini lebih kepada penggayaan gewang itu sendiri. Teknik pancingan pula mengikut kesesuaian ikan sasaran, proses meringankan setup set pancing adalah untuk tujuan penyesuaian. Ia lebih kepada pengecilan atau penurunan poundage pada sesuatu jenis umpan dan pengubahsuaian kepada spool dan aksesori lain.

Mengapa BFS menggunakan Kekili Baitcasting (BC)?

Kelebihan praktikal yang utama adalah kemampuan anda untuk mengemaskan tali pada
spool dengan ibu jari anda. Secara tidak langsung ini akan menghasilkan brek cast yang jauh lebih sensitif berbanding dengan kekili mendatar. Dengan kekili baitcaster, tekanannya dapat dirasai secara berterusan dan menghasilkan kepekaan yang lebih tinggi.

Sebab menggunakan gelendong yang ringan pada BFS adalah kerana perlu ada lebih sedikit inersia untuk diatasi sebelum ia mula berputar dan mengeluarkan tali ketika membaling umpan yang ringan. Jika tidak, penggunaan spool biasa akan menyebabkan gewang menjadi sangat ringan sehingga menyukarkan gelendong untuk bergerak. Jika ia berlaku, akhirnya anda perlu memberikan jumlah tenaga yang banyak untuk cast gewang tersebut, dan ini akan menyebabkan kawalan cast tidak terkawal malah ketepatan pada jarak sasaran anda juga terganggu. Semakin ringan gelendong, semakin sedikit daya yang diperlukan untuk memutarkannya – jadi gewang anda menjadi ringan dan mudah untuk dicast.

Klasifikasi Joran Bait Finesse System (BFS)

Aksi Joran

Di sini kita akan membincangkan tentang aksi joran untuk BFS. Kepantasan pemulihan adalah sesuatu yang biasanya dikaitkan dengan fly rod. Ini bermakna seberapa cepat blank joran berhenti melambung dan menetap ke garis lurus setelah kita membaling umpan. Ini juga merupakan aspek penting untuk joran Bait Finesse System. Joran dengan pemulihan yang lemah akan terus bergoyang dan mengambil masa yang lama untuk berhenti bergerak.

Aksi pantas dan perlahan, bagaimanapun merujuk kepada kelenturan yang terdapat pada joran. Batang joran yang perlahan akan mempunyai bentuk hamper penuh “bulatan seperempat” ketika melentur. Ini bermaksud bahawa lengkungan yang dihasilkan adalah secara menyeluruh. Batang joran aksi pantas pula lengkungan yang terhasil adalah lebih kepada di bahagian hujung. Oleh itu, peratusan untuk joran berada dalam keadaan kaku adalah lebih cepat apabila anda menggerakkan batang joran dari hujung ke arah pemegang.

“Hanya kerana batang joran melentur di bahagian hujungnya, ini tidak bermaksud anda memerlukan banyak kekuatan untuk membengkokkan joran tersebut. Dengan kata lain, tidak semestinya batang yang kaku. Sebenarnya, kebanyakan pemancing berpendapat bahawa joran yang lembut tetapi mempunyai aksi pantas itu adalah lebih bagus untuk taktik Sistem Bait Finesse ini. “

Gewang Bait Finesse System (BFS)

Satu-satunya penggunaan gewang yang sesuai untuk memancing cara Bait Finesse System adalah cukup ringan serta bersesuaian dengan kombinasi joran dan tali pancing. Secara klasik, penangkapan ikan trout di pergunungan Jepun menggunakan umpan engkol kecil dan juga sudu ringan. Umpan engkol (crank bait) boleh melayang atau tenggelam – dan sering menukar mata kail treble kepada mata kail tunggal tanpa barb.

https://fishingdiscoveries.com/bait-finesse-system/”

Jig kecil, umpan buzzbait, umpan jerkbait, sesudu dan umpan sp semuanya dapat digunakan dengan berkesan asalkan berat umpan yang digunakan menepati piawaian konsep pancingan bait finesse ini.

Tali Bait Finesse System (BFS)

Tiada jawapan yang khusus untuk penggunaan jenis tali bagi pancingan BFS ini. Namun, apa yang boleh kita rumuskan bahawa pemilihan jenis tali ini adalah bergantung kepada pemancing itu sendiri. Hal ini adalah kerana setup and balance ditentukan oleh pemancing mengikut kesesuaian teknik dan keselesaan kendiri.

Tali Braided

Tali yang sifar regangan seperti braided ini mempunyai kelebihan dalam merasakan strike dan aturan pada matakail. Pemancing yang menggunakan tali braided seperti profil lapan helai dan bulat mempunyai kelebihan untuk mengelakkan tali menjadi kusut. Ketegangan maksimum tali braided yang digunakan untuk pancingan BFS mungkin bermula pada 6lb hingga 10lb.

Tali Nylon Monofilament

Nylon dipasarkan dalam pelbagai tekstur daripada yang lebih keras hingga yang lebih lembut dan juga pelbagai warna. Ia cenderung mempunyai diameter yang lebih besar untuk regangan yang sama daripada fluorokarbon atau braided. Permukaannya yang licin dan tahan geseran menjadikan tali jenis ini pilihan yang baik . Ketegangan maksimum tali monofilament yang digunakan untuk pancingan BFS juga bermula pada 6lb hingga 10lb. Tetapi ia juga akan berubah sedikit bergantung kepada spesies dan aturannya.

Tali Flurocarbon

Tali fluoro ini adalah lebih bertekstur dan jarang dipasarkan dalam pilihan warna. Tahap regangannya adalah lebih rendah daripada tali nilon monofilamen, dengan potensi peningkatan kepekaan terhadap serangan.

“Bagi saya, teknik finesse fishing adalah lebih kepada persembahan. Ia adalah berkenaan perkara yang anda lakukan apabila ikan tidak makan seperti biasa dimana ia mungkin disebabkan oleh cuaca, tekanan memancing, keadaan air dan seribu sebab-sebab lain yang kita tidak mungkin akan faham secara keseluruhannya. Pendek kata, sebagai pemancing saya sentiasa bersedia untuk pancingan finesse apabila perlu.“

Source of article: https://matakail.com.my/siistem-bait-finesse/

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran