Ikan Haruan

Sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Nama saintifik adalah Channa striatus. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies. Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram namun ada ia boleh membesar lebih daripada 5 kilogram. Ikan haruan juga suka membaham haiwan ataupun serangga kecik yang berada di permukaan air, kerana habitatnya yang suka menunggu ditebing dan menanti mangsanya jatuh dari tebing seperti katak. Umpan yang paling sesuai adalah Bakau Soft Frog ataupun Shinju Soft Plactic Lure yang mudah didapati dimana-mana cawangan TCE Tackles Sdn bhd.