Mamba berdansa di Tioman

Menghampiri monsoon Timur laut yang bakal berlaku dari November hingga March merupakan waktu terbaik untuk memancing kaedah dasar ‘bottom fishing’ di perairan sekitar perairan tioman. Disebabkan cuaca yang tidak menentu, kami tetap ingin mencuba nasib memandangkan musim tengkujuh nanti, kami terpaksa bercuti sehingga cuaca reda.

Kebetulan, Ajiking mengeluarkan kekili baru yang dikenali sebagai Ajiking Mamba yang direka khusus untuk pancingan jenis dasar. Ajiking Mamba didatangkan dengan 3 size iaitu 2000, 4000 dan 6000 yang turut mempunyai kekuatan drag yang berbeza iaitu 8kg, 12kg dan 15kg. Kekili ini dilengkapi dengan 4+1 ‘ball bearing’ serta kapasiti ratio 5:2.1.

Untuk trip kali ini, kami memilih untuk menggunakan kekili Ajiking Mamba bersaiz 4000 dan 6000 kerana kedua nya bersesuaian dengan tali yang kami gunakan iaitu Ajiking Buster 9 berkekuatan 60lbs. Menduga ikan di kawasan karang dan berstruktur memerlukan kami menggunakan tali utama yang agak kasar yang disambungkan dengan leader 80lbs.

Menyempurnakan lagi gandingan bersama kekili dan tali, kami menggunakan joran Ajiking Zigmax  yang berkekuatan PE2-4 dan PE3-5.  Ajiking Zigmax PE2-4 digandingkan dengan kekili Ajiking Mamba bersaiz 4000 manakala joran Ajiking Zigmax PE3-5 digandingkan dengan kekili Ajiking Mamba 6000 dan ianya merupakan gandingan yang sangat seimbang dan sempurna.

Perjalanan dari Rompin ke kawasan pancingan di perairan Tioman mengambil masa hampir 2 jam. Sepanjang perjalanan kami singgah di beberapa unjam untuk mencari umpan sotong dan selayang. Sampai di lokasi pancingan dasar yang pertama, arus tidak memihak kepada kami, hanya getuan ikan2 kecil yang menghancurkan umpan.

Kami berpindah ke lokasi kedua kedalam menghampiri 40 meter. Kawasan dasar berstuktur dan kami disarankan untuk mengunci drag di paras maximum dan joran sentiasa dipegang untuk melakukan strike secepat mungkin. Tidak sampai seminit umpan diturunkan, Salmi yang berada di bahagian tepi bot menerima sambaran, Ajiking Mamba bertindak cemerlang menahan ikan dari masuk semula ke kawasan struktur dasar. Hasilnya ikan merah seberat 3kg berjaya di daratkan menggunakan umpan ikan selayang hidup.

Tidak lama selepas itu Shuhairul menerima sambaran dari penghuni dasar, namun ikan dapat melarikan diri ke arah struktur dan leader 80lbs putus disebabkan bergesel dengan struktur yang tajam. Keadaan menjadi sunyi sepi selepas itu dan kami berpindah ke lokasi yang lain.

Sebaik tiba dilokasi seterusnya, Krel yang berada di bahagian depan bot pantas menurunkan umpan selayang hidup dan tanpa menunggu lama, beliau menerima sambaran penghuni dasar. Kerapu seberat 1.5kg tidak dapat melarikan diri kea rah struktur kerana kekuatan drag pada mamba bersaiz 6000 adalah 15kg.  Selepas itu terdapat beberapa sambaran dari penghuni dasar, namun saiznya kecil dan kurang dari 1kg. Beberapa ekor ikan cermin dan kerapu berjaya di daratkan di lokasi ini.

Keadaan menjadi sunyi setelah arus mati dan kami berhenti untuk melepaskan lelah dan menikmati makanan yang dibungkus. Kami terpaksa menunggu lebih sejam sebelum arus kembali dan kami berpindah ke lokasi yang pertama dengan harapan, dapat menewaskan penghuni besar di kawasan tersebut setelah putus dan rabut sebelum ini.

Seperti drama sebelum ini, sebaik sahaja umpan hidup diturunkan, Shuhairin pula menerima sambaran padu dari dasar. Ikan berjaya melarikan diri kea rah struktur namun berjaya dipujuk keluar. Keupayaan lifting power pada joran Ajiking Zigmax benar-benar membantu beliau untuk mengheret semula ikan keluar dan seterusnya mendaratkannya. Akhinya seekor ikan kakap merah berskala 2kg berjaya ditewaskan. Sejurus kemudia Izwan menerima sambaran, kali ini penghuni dasar terus mengheret tali masuk ke kawasan struktur, beberapa minit Izwan bertahan dan cuba memujuk ikan keluar, namun geseran demi geseran pada struktur membuatkan beliau berputih mata. Seperti biasa selepas rabut keadaan menjadi sunyi dan sepi.

Matahari semakin tenggelam, kami bercadang meneruskan pancingan pada sebelah malam dan berpindah ke lokasi yang sesuai untuk pancingan sebelah malam yang berada tidak jauh dari Pulau Tioman. Perjalanan mengaambil masa setengah jam dan kami tiba dilokasi jam 8mlm. Pelbagai kaedah dan umpan kami hulurkan namun penghuni dasar segan untuk menikmati umpan kami. Sekadar ikan2 kecil yang menghabiskan umpan kami.

Kami menggunakan tempoh waktu tersebut untuk menyedia dan menikmati makan malam yang kami masak sendiri di atas bot. Asam pedas ikan merah dan ikan selayang goreng terlalu sedap buat kami, tambahan lagi segar dan baru sahaja dipancing siang tadi. Jam 9 malam selepas makan, tekong mencadangkan kami semakin rapat kea rah pulau kerana cuaca mula menunjukkan rebut akan berlaku.

Keadaan angin dan laut yang mula bergelora dan keadaan malam yang gelam membuatkan bot bergerak agak perlahan dan berhati-hati. Seabaik sahaja sampai berhampiran Kampung Juara Pulau Tioman, telefon kami bordering silih berganti, baru kami sedar telefon kami baru mempunyai talian. Sebaik sahaja panggilan dijawab oleh salah seorang dari kami, rupanya ramai orang mencari kami kerana salah seorang ahli yang terlibat kali ini, baru sahaja kehilangan ibu nya yang tercinta. Pihak keluarga beliau dan rakan tekong cuba mencari dan menghubungi kami selama 4 jam.

Keadaan cuaca semakin buruk, perjalanan pulang ke Rompin mengambil masa 2 jam. Dalam keadaan situasi genting seperti ini, kami perlu memilih jalan paling selamat dan dalam masa yang sama perlu pulang untuk menghantar rakan yang baru kehilangan ibunya. Setelah berbincang dan pengkebumian ditangguhkan sehingga esok tghr, maka kami bercadang untuk bergerak awal pagi esoknya sambal menunggu cuaca kembali pulih. Kami berlindung di kawasan Jeti Marina Pulau Tioman sepanjang malam kerana rebut melanda sekitar perairan tersebut.

Jam 6.30 pagi kami bergerak pulang ke Rompin untuk menghantar rakan kami pulang. Walaupun kecewa tidak dapat meneruskan pancingan pada waktu malam disebabkan cuaca dan kematian ibu kepada rakan kami, namun segalanya terlah tertulis dan kami redha dengan keadaan. Mungkin ada rahmat dan asbab disebalik semua ini.

Kesimpulannya, sungguhpun kami gagal menaikkan ikan saiz idaman berskala 5kg ke atas, namun masih ada rezeki buat kami. Sesungguhnya perairan Tioman mempunyai lubuk yang berpotensi dan masih mempunyai banyak ikan bersaiz monster untuk dirasai dan diterokai oleh pemancing. Kami sangat berpuas hati dengan keupayaan peralatan kami iaitu kekili Ajiking Mamba dan joran Ajiking Zigmax namun sayangnya kami tidak dapat menggunakannya secara maksima disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Sekian