Category Archives: Spot Pancing

Bersama Pekerja Sempena Sambutan Hari Kelahiran YDPA

Baru-baru ini,  hampir seluruh negeri cawangan TCE Tackles mengadakan aktiviti memancing bersama pekerja TCE Tackles. Lokasi-lokasi memancing adalah ditetapkan oleh supervisor atau wakil dari HQ. Antara lokasi adalah di sungai pahang, sungai merbok kedah, perairan kuching sarawak, di muara sepenggar sabah, di tepi pantai pitas, sabah, di kolam air masin, ban pecah perak dan lain-lain. [ Read More ]

Pengalaman Memancing Di Tolungan Riverside

Dalam artikel sebelum ini, penulis telah menceritakan tentang adat semasa memancing di sungai yang telah ditagal. Kali ini, penulis berpeluang untuk menikmati pengalaman memancing di Tolungan Riverside ataupun dikenali juga sebagai 3TSNP yang merupakan singkatan untuk nama Taman Tagal Tolungan Sosopon Kampung Notoruss, Penampang. Uniknya sungai ini daripada sungai tagal lain adalah kerana 3TSNP terletak [ Read More ]

Adat Memancing Di Sungai Yang Ditagal

Sistem Tagal yang sinonim dengan kehidupan kaum Kadazan Dusun merupakan satu sistem larangan menangkap ikan di dalam sungai yang telah diwartakan sebagai kawasan Tagal kecuali dengan persetujuan komuniti setempat. Kesan pelaksanaan sistem ini adalah dapat memelihara ekosistem di dalam kawasan sungai terpilih yang telah ditagal. Sistem ini diselaraskan oleh Jabatan Perikanan Sabah dengan tujuan utamanya [ Read More ]

Ebek Mengganas di Mersing Johor

Ebek atau Diamond Trevally merupakan sejenis ikan yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Ikan ebek boleh hidup dalam kedalaman 100 meter dari paras air laut dan panjang boleh sehingga 165 cm dan beratnya boleh mencecah sehingga 25kg. Bentuk badan ikan ebek hampir sama dengan ikan GT (Giant Travelly) dan ikan Gerong Belang (Golden Travelly). Terdapat [ Read More ]

Pengalaman Memancing Di Pinggiran Laut Kota Kinabalu

Kawasan pinggiran laut selalunya menjadi destinasi kaki pancing tegar yang ingin mencari koleksi baharu ikan mereka. Penulis berkesempatan untuk menjelajah kawasan pinggiran laut di Kota Kinabalu untuk melepaskan umpan dan mencabar keberadaan ikan yang terdapat di kawasan tersebut. Persiapan dimulakan dengan kesemua ahli kaki pancing berkumpul di jeti Sutera Harbour Resort pada sekitar jam 0500 [ Read More ]

Ladang Jenahak Di Perairan Butterworth, Pulau Pinang

Siapa sangka perairan Butterworth mempunyai ladang jenahak yang begitu banyak sekali. Jika anda gemar mencari ikan jenahak atau ingin merasa tarikan hebat ikan jenahak, anda boleh datang ke Butterworth, Pulau Pianng untuk mencuba kerana di sana anda tidak akan berasa kecewa. Ikan jenahak atau dikenali sebagai ikan tanda, merupakan salah satu kegemaran makanan penduduk Malaysia, [ Read More ]

Cabaran memancing Di Sungai Penampang

Kawasan sungai sering dijadikan salah satu kawasan riadah yang terkenal dan sering dikunjungi pada hujung minggu. Malaysia, khususnya di negeri di bawah bayu dianugerahkan kawasan sungai yang terpelihara daripada sebarang pencemaran yang membinasakan. Kawasan sungai di Sabah sering dijadikan kawasan mandi manda ataupun bagi kaki pancing boleh juga dijadikan sebagai lubuk mencari ikan. Bila bercerita [ Read More ]

Memancing Di Tasik Prima Puchong

Ketika penulis berada di negeri Selangor, hati rasa tertarik untuk mencuba nasib memancing di sini. Setelah diselidik Tasik Prima Puchong menjadi siulan hati untuk ditinjau penulis. Tasik yang berkeluasan 1.4 km persegi ini menjadi tarikan pemancing setiap hujung minggu kerana terdapat lubuk emas untuk memancing ikan Raja ataupun ‘Peacock Bass’ di sini. ‘Peacock Bass’ menjadi [ Read More ]

Kenangan Memancing Di Kolam Pancing RM3 Jugra

Pemilihan lokasi memancing sering menjadi faktor utama yang membangkitkan ‘selera’ kaki pancing untuk memburu. Apa lagi sekiranya lokasi tersebut murah dan berpatutan untuk mereka. Dengan bayaran kemasukan sebanyak RM3 pastinya kepuasan dan senyuman tak lekang di bibir anda apabila berkunjung ke Kolam Pancing RM3 Jugra.           Bukan bayaran masuk sahaja yang murah, joran juga disewakan [ Read More ]

Pengalaman Memancing Di Kolam Hulu Langat

Satu kegembiraan buat kaki pancing apabila dapat melancong bersama keluarga sambil memancing. Itulah perasaan yang dapat digambarkan apabila anda berkunjung ke Hulu Langat Fishing Resort. Ibarat sambil menyelam minum airlah katakan. Tempat ini bukan sahaja menawarkan bilik penginapan buat keluarga anda tetapi di luar bilik tersebut anda disajikan dengan sebuah kolam ikan untuk aktiviti memancing. [ Read More ]