Pulau jarak international water merupakan salah satu lokasi untuk kaki jigging ke sana untuk cuba mencari ikan gergasi atau ikan tong gas seperti kerapu, jenahak, GT dan lain2. Hal ini disebabkan oleh struktur bawah air atau lebih dikenali sebagai kontur bukit bawah air yang berbeza ketinggian dan kedalaman struktur. Ikan akan bersembunyi di celah atau lurah kontur untuk elak di heret oleh kapal tunda.
Kedalaman air adalah sekitar 60 meter sehingga 110 meter, terpulang kepada spot yang ingin jigging. Manakala bagi berat jig adalah antara 200 hingga 300 gram, ini juga terpulang kepada keadaan pasang surut air dan juga kelajuan air laut. Bentuk jig yang paling sesuai adalah jig yang berbentuk lurus dan tajam supaya cepat sampai ke dasar laut.
Kesesuaian rod adalah amat penting bagi menghasilkan aksi yang cantik dan menarik perhatian ikan untuk makan jig tersebut. Rod PE 2-4 atau ke atas adalah paling sesuai untuk melakukan fast jigging. Tetapi masih perlu lihat kepada berapa pemberat yang ada pada rod supaya sesuai dengan berat jig. Contoh Rod PE 2-4 dan berat jig adalah 150-250g, maka perlu memilih jig di antara 150g-250g.
Pengguna tali benang adalah pilihan yang tepat kerana tali benang boleh tenggelam dengan cepat. Tali benang yang berwarna biru muda atau hijau muda adalah sesuai untuk bermain di kedalaman kerana warna tersebut sukar dilihat oleh si pemangsa. Antara LB yang sesuai adalah 30lb-50lb.
Manakala bagi leader pula, perlu menggunakan flurocarbon 100% dan LB yang sesuai adalah 40-60lb. Penggunaan diameter yang tebal akan memberi kesan yang kurang baik kerana ikan akan lebih sensitif dan menjadikan ia kurang makan.