Ikan kelah di Taman Negara, Pahang

Taman Negara yang terletak di negeri pahang merupakan salah satu ekosistem yang terjaga dan terlindung di Negara Malaysia. Oleh itu, ramai kaki pancing terutamanya kaki pancing air tawar yang akan berkunjung ke taman negara untuk mencari spesis ikan rare iaitu ikan kelah. Terdapat beberapa jenis ikan kelah iaitu ikan kelah merah/ikan kelah bara, ikan kelah warna biru, ikan kelah warna mas dan ikan kelah warna putih.

Kebiasaan ikan kelah akan berada di lokasi jeram, bawah batu, atau tempat pengairan yang deras. Kegemaran makanan Ikan kelah adalah buah hutan dan lumut, tetapi disebabkan ramai pemancing yang menggunakan umpan sawit untuk pancing ikan kelah, maka lama kelamaannya ikan kelah suka makan buat kelapa sawit.

Penggunaan buah kepala sawit adalah umpan yang terbaik untuk mendaratkannya. Dengan adanya kaedah teknik bottom, ia akan menjadi lebih cepat untuk memburu ikan kelah. Tetapi jika anda seorang kaki casting, anda boleh menggunakan gewang seperti gewang shinju SJ 500 untuk memancing kelah. Dengan aksi yang cantik dan menarik, ia dapat memikat ikan kelah untuk menyambar gewang tersebut.

Manakala bagi batang jorang pula, menggunakan UL, L dan M adalah paling sesuai kerana boleh merasakan tarikan yang padu terhadap ikan kelah. Antara joran yang bagus adalah rod okuma nemesis dan rod ajiking master kerana ringan dan lasak.

Mesin okuma hakai merupakan pilihan utama untuk memancing ikan kelah kerana mesin okuma hakai boleh melakukan lontaran yang sangat jauh dengan berat gewang yang ringan. Selain itu, mesin okuma hakai mempunyai spool yang ringan dan jumlah berat keseluruhan adalah sekitar 170g.