Ikan Toman

Ikan Toman merupakan sejenis ikan yang agak agresif atau di kenali sebagai ikan pemangsa. Ikan toman juga merupakan spesies ikan yang terbesar dalam kalangan “Giant Snake Head”. Ikan toman ini kebiasaannya berada di sungai atau tasik. Antara tempat yang famous adalah sungai kedah, tasik beris, tasik gubir dan klau.

Kali ini saya akan berkongsi sedikit pengalaman di tasik beris. Tasik Beris boleh dikatakan penuh dengan sumber alam semula jadi dan kekurangan penangkapan ikan seperti ikan toman dan ini menyebabkan tasik beris penuh dengan ikan toman. Tasik beris juga tidak mempunyai ikan pendatang asing seperti peacok bass atau ikan pendatang asing. Oleh itu, tasik beris merupakan salah satu lokasi kegemaran kaki pancing untuk memancing

Kegunaan rod yang keras menjadi pilihan saya kerana ibu toman mempunyai kekuatan yang luar biasa dari papa toman. Salah satu sebab lagi adalah permainan di kawasan heavy cover seperti banyak rumput atas permukaan air, akar-akar pokok dan batang yang berada dalam air. Saya menggunakan Rod st.croix legend tournament PIKE bersama dengan reel Banax Apollo SV 111L dan tali ajiking braide 16x. Manakala, leader adalah dari berkley venish.

Combinasi setup tersebut memberikan keyakinan dan keselesaan kepada saya untuk memburu ikan toman yang saiz gergasi. Kali ini saya menggunakan gewang dari strike pro iaitu Flag Jack EG-128 21.8G. kelebihan gewang ini adalah kerana mempunyai berat yang membolehkan saya melakukan lontaran yang jauh dan tepat. Selain itu, gewang ini boleh tenggelam dalam masa yang singkat dan aksi gewang ini seolah-olah seperti ikan pemangsa yang akan melakukan serangan dan ancaman kepada ikan.

Apabila ikan toman naik ke permukaan air untuk bernafas, kita perlu melontarkan gewang tersebut dengan cepat, laju dan tepat ke arah ikan toman yang menunjuk ke arah laluannya. Bagi saya, kita perlu sentiasa peka dan bersedia untuk lontar. Dari segi pengalaman saya, kita perlu bertindak dalam masa 3 saat sahaja. Kalau melebihi 3 saat, maka ikan toman kurang minat untuk mengambil gewang tersebut. Jadi kita perlu banyak bersabar dan sentiasa bersiap sedia untuk melakukan lontaran tersebut.