Pengalaman Memancing Di Tolungan Riverside

Dalam artikel sebelum ini, penulis telah menceritakan tentang adat semasa memancing di sungai yang telah ditagal. Kali ini, penulis berpeluang untuk menikmati pengalaman memancing di Tolungan Riverside ataupun dikenali juga sebagai 3TSNP yang merupakan singkatan untuk nama Taman Tagal Tolungan Sosopon Kampung Notoruss, Penampang. Uniknya sungai ini daripada sungai tagal lain adalah kerana 3TSNP terletak di antara dua persimpangan sungai iaitu Sungai Moyog dan Sungai Sosopon.

          3TSNP ini terletak kira-kira 100 meter dari Jalan Besar Penampang-Tambunan dan dari Bandaraya Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan untuk tiba di sini. Kawasan seluas 20,000 meter persegi ini mempunyai 3 buah zon di kedua hilir sungai iaitu zon hijau, kuning dan merah. Setiap zon ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Zon Hijau merupakan zon penangkapan ikan yang dibenarkan untuk kegunaan sendiri, zon kuning untuk kawasan memancing yang telah ditetapkan masanya oleh jawatankuasa Tagal dan zon merah pula kawasan larangan menangkap ikan.

Berbalik kepada pengalaman penulis, sungai ini terkenal dengan keberadaan ikan jenis Pelian yang dikenali juga sebagai Permata Sungai kerana spesis ini bewarna emas keperakan dan menghuni kawasan sungai yang bersih dan jernih. Semestinya penulis sendiri berhasil menangkap ikan ini. Selain menyumbang kepada aktiviti memancing, ikan Pelian di 3TSNP ini juga menawarkan tapak berkemah kepada para pengunjung yang ingin merasai pengalaman suasana alam semulajadi. Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah mandi-manda di sungai tersebut.