Category Archives: Spot Pancing

Memancing Di Tasik Prima Puchong

Ketika penulis berada di negeri Selangor, hati rasa tertarik untuk mencuba nasib memancing di sini. Setelah diselidik Tasik Prima Puchong menjadi siulan hati untuk ditinjau penulis. Tasik yang berkeluasan 1.4 km persegi ini menjadi tarikan pemancing setiap hujung minggu kerana terdapat lubuk emas untuk memancing ikan Raja ataupun ‘Peacock Bass’ di sini. ‘Peacock Bass’ menjadi [ Read More ]

Kenangan Memancing Di Kolam Pancing RM3 Jugra

Pemilihan lokasi memancing sering menjadi faktor utama yang membangkitkan ‘selera’ kaki pancing untuk memburu. Apa lagi sekiranya lokasi tersebut murah dan berpatutan untuk mereka. Dengan bayaran kemasukan sebanyak RM3 pastinya kepuasan dan senyuman tak lekang di bibir anda apabila berkunjung ke Kolam Pancing RM3 Jugra.           Bukan bayaran masuk sahaja yang murah, joran juga disewakan [ Read More ]

Pengalaman Memancing Di Kolam Hulu Langat

Satu kegembiraan buat kaki pancing apabila dapat melancong bersama keluarga sambil memancing. Itulah perasaan yang dapat digambarkan apabila anda berkunjung ke Hulu Langat Fishing Resort. Ibarat sambil menyelam minum airlah katakan. Tempat ini bukan sahaja menawarkan bilik penginapan buat keluarga anda tetapi di luar bilik tersebut anda disajikan dengan sebuah kolam ikan untuk aktiviti memancing. [ Read More ]

Laluan Kapal Port Klang

Port Klang, Selangor terkenal dengan ladang ikan merah yang berada di laluan kapal kargo besar dan sempadan dengan indonesia. Kebiasaan ikan merah ini datang dalam kumpulan yang besar, rata-rata bersaiz 1kg dan keatas. Tetapi bergantung kepada cuaca dan arus air laut. Kedalaman air laut di laluan kapal kargo adalah lebih kurang 30 meter sehingga 70 [ Read More ]

Memancing Di Sekitar Pulau Jarak

Pulau Jarak terletak lebih kurang 34km menghala ke arah Barat Daya bandar Lumut, di negeri Perak. Pulau ini merupakan sebuah kawasan perairan pulau kecil dengan luas 8 hektar dan setinggi 50m dari paras laut. Pulau Jarak sinonim sebagai salah sebuah lokasi bagi kaki pancing dan peminat aktiviti skuba kerana kekayaan sumber tumbuhan dan batu karang [ Read More ]

Memancing Di Kawasan Larangan Pulau Redang, Terengganu

Misi mencari ikan belitung atau belitong di sekitar pulau redang. Selain itu, terdapat panggilan nama lain seperti ikan mahi-mahi (mahi-mahi bermaksud “sangat kuat” dalam bahasa Hawaii), ikan dorado, dan juga ikan lumba-lumba (Dolphin fish). Spesies ikan belitung ini mempunyai kelajuan yang menakjubkan dan kekuatan yang luar biasa, malah akan melakukan lompatan dan aksi akrobatik yang [ Read More ]

Kolam Abah, Sg. Kayu, Sandakan, Sabah.

Pertandingan Memancing BAA 2022 Aktiviti untuk menggalakkan promosi produk merupakan salah satu langkah yang produktif dan relevan untuk dilakukan bagi sesebuah syarikat. Sama halnya dalam aktiviti untuk mempromosikan produk TCE. Maka dengan itu, satu pertandingan memancing telah dianjurkan oleh Borneo Angler Adventure yang d taja oleh syarikat TCE Tackles Sdn Bhd pada 17.09.2022 bersamaan dengan [ Read More ]

Kuala Rompin, Pahang

Kuala Rompin, Pahang merupakan sebuah pekan yang kecil dan terletak di selatan pahang. Kuala Rompin juga dikenali sebagai hub kepada kaki pancing ikan layaran. Setiap tahun, ikan layaran akan berenang ke kawasan rompin untuk mencari makan dan akan terus berenang ke Negara Autralia. Ikan layaran ini mempunyai musim tertentu, kebiasaan musim ikan layaran di Malaysia [ Read More ]