Laluan Kapal Port Klang

Port Klang, Selangor terkenal dengan ladang ikan merah yang berada di laluan kapal kargo besar dan sempadan dengan indonesia. Kebiasaan ikan merah ini datang dalam kumpulan yang besar, rata-rata bersaiz 1kg dan keatas. Tetapi bergantung kepada cuaca dan arus air laut. Kedalaman air laut di laluan kapal kargo adalah lebih kurang 30 meter sehingga 70 meter sahaja. Target ikan kali ini adalah ikan merah, ikan jenahak, dan ikan kerapu.

Kami menyediakan permainan yang medium heavy seperti rod PE 2-4, PE 3-5, dan PE 4-6. bagi mesin pula, saiz sekitar 3000 dan keatas. Tali utama adalah minimum 40LB. Kami juga menyediakan umpan seperti udang lipan, sotong kurita, dan juga udang hidup sebagai backup plan. Keutamaan kami adalah main teknik jigging terlebih dahulu, jika tidak mempunyai sebarangan sentuhan dari ikan, maka kami baru tukar kepada teknik bottom.

Perjalanan dari jetty port klang ke lokasi memancing mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih, itu pun menggunakan 2 bijik engin bot power 300hp. Setelah sampai ke destinasi atau port memancing, kami menggunakan jig Shinju tai rubber 105g untuk pancing ikan, sebab menurut tekong dan kaki pancing yang pernah turun ke port klang, penggunaa jig shinju tai rubber amat berkesan berbanbanding jig lain, berkemunkinan sebab bentuk bulat, warna dan bulu yang amat cantik menghasilkan tarikan ikan untuk makan.

Kami berjaya mendaratkan 3 ekor ikan jenahak yang bersaiz gergasi, anggaran berat adalah sekitar 3 kg. Ikan jenahak ini sangat sedap dimakan kerana isi ikan jenahak agak lembut dan berasa manis. Selain ikan jenahak, kami turut mendaratkan ikan alu-alu atau dikenali sebagai ikan baracuda dan juga ikan kerapu bintik. Apa yang paling penting adalah perlu menyediakan batu ladung yang bersaiz berat seperti saiz 16, 24 dan 32 kerana arus bawah air agak laju.