Kenangan Memancing Di Kolam Pancing RM3 Jugra

Pemilihan lokasi memancing sering menjadi faktor utama yang membangkitkan ‘selera’ kaki pancing untuk memburu. Apa lagi sekiranya lokasi tersebut murah dan berpatutan untuk mereka. Dengan bayaran kemasukan sebanyak RM3 pastinya kepuasan dan senyuman tak lekang di bibir anda apabila berkunjung ke Kolam Pancing RM3 Jugra.

          Bukan bayaran masuk sahaja yang murah, joran juga disewakan dengan harga RM10 bagi sebatang joran. Kemudahan memancing lain seperti jualan umpan, khidmat mengikat umpan dan khidmat penyediaan barang keperluan memancing turut dilakukan oleh pekerja kolam ini. Memandangkan kolam ini tidak mengamalkan konsep melepaskan semula ikan yang dipancing ke dalam kolam, berikut ialah harga dan jenis yang boleh anda perolehi dan bayar kepada mereka:

Ikan Siakap RM17/kg

Ikan Kaci / Siakap Merah RM30/kg

Ikan Jenahak RM35/kg

Ikan Kerapu RM50/kg

Setiap ikan berada di kolam yang berbeza dan anda boleh memancing sebanyak mana ikan yang anda mahu asalkan anda mampu membayar berat ikan tersebut selepas memancingnya. Ada ikan maka adalah bayaran, tiada ikan tiadalah bayaran yang dikenakan. Konsep yang sangat memudahkan kaki pancing untuk berkunjung ke sini.

          Kemudahan lain yang disediakan ialah surau, tandas, kedai dan restoran yang berdekatan. Kalau anda malas nak bawa balik habuan yang dipancing anda boleh memasaknya di restoran tersebut. Namun perlu diingatkan bayaran masuk RM3 ni hanya terpakai untuk 8pagi hingga 7 malam sahaja.