Ebek Mengganas di Mersing Johor

Ebek atau Diamond Trevally merupakan sejenis ikan yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Ikan ebek boleh hidup dalam kedalaman 100 meter dari paras air laut dan panjang boleh sehingga 165 cm dan beratnya boleh mencecah sehingga 25kg. Bentuk badan ikan ebek hampir sama dengan ikan GT (Giant Travelly) dan ikan Gerong Belang (Golden Travelly).

Terdapat beberapa pandangan yang diberi oleh para kaki pancing di luar sana mengenai cara-cara untuk memikat ikan ebek ini. Antaranya ialah menggunakan umpan hidup seperti udang hidup, ada juga yang mengatakan hanya menggunakan isi atau kopek udang sahaja, ada juga memberi pendapat jig juga boleh mendaratkan ikan ebek. Tetapi saya percaya bahawa udang hidup adalah paling berkesan untuk memujuk ikan ebek untuk makan.

Mulut ikan ebek mudah berkoyak, jadi anda tidak boleh melakukan santap atau pump dengan kasar. saya menggunakan set medium untuk rod okuma metaloid, mesin banax camion lexima, tali ajiking buster 20 LB dan leader toman black ghost 40lb, matakail fire eagler dx SOI 18. combinasi ini adalah sesuai untuk mendaratkan ikan ebek yang bersaiz gergasi. Apabila ikan ebek makan udang hidup, anda akan terasa seperti ikan kecil yang makan atau kacau umpan, dan lepas 3 saat kemudian akan rasakan tarikan ikan ebek di dasar laut.

Kekuatan yang ada pada ikan ebek gergasi amatlah kuat sehingga boleh rasa ada tarikan ke dasar laut. Anda hanya perlu pegang pada joran anda dengan kuat dan bersedia untuk mendaratkan ikan ebek apabila ikan ebek berhenti berlari. Pengguna warna tali juga akan memberi sedikit kesan kepada ikan, saya mendapati bahawa warna biru muda adalah sesuai untuk bermain ebek berbanding warna merah atau hijau tua. Kami berjaya mendaratkan 3 ekor ikan ebek dan kemudian tuakr ke lokasi lain.