Memancing Di Tasik Prima Puchong

Ketika penulis berada di negeri Selangor, hati rasa tertarik untuk mencuba nasib memancing di sini. Setelah diselidik Tasik Prima Puchong menjadi siulan hati untuk ditinjau penulis. Tasik yang berkeluasan 1.4 km persegi ini menjadi tarikan pemancing setiap hujung minggu kerana terdapat lubuk emas untuk memancing ikan Raja ataupun ‘Peacock Bass’ di sini.

‘Peacock Bass’ menjadi sasaran utama di tasik ini walaupun ikan ini menghadapai tekanan kerana kekerapan pemancing datang memancing di tasik ini. Asalnya ikan spesis ini sememangnya bukan berasal dari Malaysia tetapi kerana ikan ini telah lama mendiami sekitar Tasek Prima dan tasek-tasek sekitar Puchong spesis ini menjadi popular terutama kepada kaki-kaki gewang atau caster. Bukan sahaja ikan Raja, Ikan Toman) juga antara buruan utama lain di Tasik Prima Puchong ini. Sekiranya anda bernasib baik ikan lain seperti haruan, ketutu, baung, belida, patin, keli boleh menjadi hasil pancingan anda sepanjang berada di sini.

          Kawasan ini popular sebagai salah satu tempat casting terkenal bagi kaki gewang. Aksi gewang pula mula berubah mengikut perubahan masa mungkin disebabkan oleh perubahan landskap di kawasan tasik ini disebabkan proses pembangunan melalui aktiviti penambakan tanah. Menurut kaki pancing, jika sekarang gewang yang digunakan ialah gewang soft plastic, dahulu pula teknik gewang yang digunakan ialah gewang jenis “pensil”. Saya sendiri pula telah menggunakan umpan plastic Shinju Geli Worm yang boleh didapati di TCE Tackles. Usaha tidak sia-sia kerana saya Berjaya menaikkan ikan Peacock Bass yang menjadi objektif utama saya datang ke sini.