Penggunaan Rod Dan Mesin Yang Sesuai Untuk Memancing Ikan Peacock Bass

Dalam artikel sebelum ini penulis telah menceritakan pengalaman memancing ikan Peacock Bass di Taman Prima Puchong di Selangor. Terdapat banyak criteria yang dipertimbangkan dalam pemilihan peralatan untuk memancing ikan ini. Paling utama semestinya adalah dengan mencari tahu karakter ikan ini sebelum kita dapat memutuskan peralatan yang ingin digunakan.

Sewaktu kecil ikan ini boleh dikatakan pemilih atau ‘picky’ kerana sangat sensitive dengan kualiti air dan pemakanannya. Apabila meningkat dewasa secara umumnya ikan ini sangat agresif dan terkenal sebagai spesis ikan pemangsa yang kejam dan bersifat penakhluk atau pendominasi di kawasannya. Maka penggunaan rod yang kuat amat diperlukan.

          Saya sarankan untuk menggunakan produk rod Ajiking Bakun sekiranya anda berniat untuk mengalahkan ikan pemangsa yang agresif seperti Peacock Bass ini. Penulis pernah menyelitkan sebuah artikel tentang spesifikasi produk Rod Ajiking Bakun itu sendiri dalam artikel sebelum ini. Di dalam artikel tersebut juga memadankan penggunaan rod tersebut dengan Kekili Ajiking Wahoo Mini Pro X7. Tetapi saya memutuskan untuk menggunakan line up lain produk Ajiking iaitu Wahoo Mini SL.

          Dalam pemilihan mesin yang sesuai, mesin dengan ukuran spool yang sesuai dengan teknik pancingan perlu dititiberatkan. Memandangkan teknik lightcasting digunakan maka ukuran ideal spool mesin yang boleh anda pilih ialah 1000-4000 bergantung dari tali pancing yang akan digunakan. Selain itu, kiraan ratio gear juga penting kerana semakin tinggi ratio gear maka semakin laju gulungan tali pancing dan ratio yang tinggi selalunya digunakan untuk casting. Faktor lain ialah keupayaan drag yang semakin tinggi, penggunaan ball bearing yang lebih banyak dan juga reel body mempengaruhi persembahan pancingan anda. Wahoo Mini Pro X7 keluaran Ajiking sangat digalakkan sekiranya anda inginkan mesin terbaik untuk digandingkan dengan Rod Ajiking Bakun.