Memancing Di Kawasan Larangan Pulau Redang, Terengganu

Misi mencari ikan belitung atau belitong di sekitar pulau redang. Selain itu, terdapat panggilan nama lain seperti ikan mahi-mahi (mahi-mahi bermaksud “sangat kuat” dalam bahasa Hawaii), ikan dorado, dan juga ikan lumba-lumba (Dolphin fish). Spesies ikan belitung ini mempunyai kelajuan yang menakjubkan dan kekuatan yang luar biasa, malah akan melakukan lompatan dan aksi akrobatik yang menarik di atas permukaan air. Boleh dikatakan sifat ikan belitung ini hampir sama dengan ikan layaran dari segi lompatan dan pecutan.

Anggaran kalajuan ikan belitung boleh mencecah sehingga 92.5 km/h bersamaan 57.5 mph dalam dasar laut. kegemaran makanan adalah ikan selayang, ikan kembung dan ikan sardin. Ikan belitung ini mempunyai bahagian belakang berwarna terang dengan biru kehijauan elektrik, bahagian bawah badannya berwarna emas atau perak berkilauan, dan bahagian tepinya mempunyai campuran tompok gelap dan terang. Corak terangnya pudar hampir serta-merta selepas ditangkap. Selain itu, mempunyai badan yang panjang dan muka tumpul, sirip ekor bercabang (ekor), dan sirip punggung yang sepanjang badannya. Purata panjang 1 m (3 kaki), dan boleh membesar sehingga 2 m (6 kaki).

Habitat ikan belitung ini hidup dalam kedalaman dari 0-85 m (0-279 kaki) berhampiran pantai atau luar pesisir di bawah objek terapung, seperti kapal besar dan tikar sargassum terapung besar. Ikan belitung yang lebih kecil mengembara bersama-sama dalam kumpulan sehingga 50 ekor, dan ikan dewasa yang lebih besar mengembara bersendirian atau berpasangan. Pemangsa termasuk tuna besar, mamalia laut, ikan layar, dan ikan todak.

Kami menyediakan set medium light untuk memancing ikan belitung. Anatar peralatan kami menggunakan adalah rod Ajiking Atom Plus 632MLS, kekili Ajiking wahoo pro max saiz 4000, tali Ajiking wahoo barid x8 30LB, perambut Shiju 40LB dan matakail fire eagler F-mutsu ring  DX 10455. setup ini sangat sesuai untuk melayan ikan belitung dan tarikan yang padu.