Bersama Pekerja Sempena Sambutan Hari Kelahiran YDPA

Baru-baru ini,  hampir seluruh negeri cawangan TCE Tackles mengadakan aktiviti memancing bersama pekerja TCE Tackles. Lokasi-lokasi memancing adalah ditetapkan oleh supervisor atau wakil dari HQ. Antara lokasi adalah di sungai pahang, sungai merbok kedah, perairan kuching sarawak, di muara sepenggar sabah, di tepi pantai pitas, sabah, di kolam air masin, ban pecah perak dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, keselamatan pekerja adalah diutamakan untuk menggelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan yang tidak diingini. Oleh itu, pihak HQ telah menetapkan satu garis panduan atau (standard operating procedure) SOP sebelum bersetuju dan membenarkan pekerja untuk melakukan aktiviti memancing. Antara aspek keselamatan adalah mewajibkan pekerja memakai baju lengan yang panjang, berseluar panjang, berkasut tertutup, scaf, topi, sarung tangan dan yang paling penting adalah jaket keselamatan semasa berada atas boat.

Program memancing bersama pekerja TCE Tackles sempena hari kelahiran YDPA adalah bertujuan untuk mendedahkan kaedah memancing, asas memancing dan juga aspek keselamatan semasa memancing. Hal ini membolehkan pekerja memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan di luar sana. Di samping tiu, dapat melatih pekerja supaya lebih professional dalam industri memancing ini dari segi aksessori, cara setup dan sebagainya.

Paling penting adalah semua lapisan masyarakat dapat menikmati aktiviti sukan memancing yang selaras dengan tema TCE Tackles “Everyone Can Fish”. tetapi apa-apa pun, janji dapat menikmati dari pemulaan sehingga lah penamatan.