Pasti semua inginkan kehidupan yang sihat and cergas. Lagi-lagi untuk Bersama keluarga. Justeru itu, memancing merupaan satu aktiviti dimana keluarga boleh turut serta untuk menikmati aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.
Dalam aktiviti seperti ini, ia mempuinyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah melatihkan diri untuk bersabar. Memancing melatihkan diri erti kesabaran agar tidak mudah terjerumus ke arah perkara negative. Kesabaran dalam memancing dapat diukur dari menyiapkan umpan sehingga melemparkan kail ke dalam air. Sebagai pemancing, kita perlu tahu apakan pemakanan ikan didalam kolam mahupun di laut. Tidak semua ikan mahukan umpan cacing. Ada segelintir ikan mahukan makanan yang lain seperti roti atau epal. Secara keseluruhannnya, kita dapat mengawal perasaan dan emosi kita dalam memancing dan impak terhadap keluarga juga memaparkan emosi yang sihat.
Kedua, memancing merupakan aktiviti yang dapat menawarkan stress. Memancing membawa kita ke tempat-temat yang cantik, tenang dan mendamaikan lebih-lebih lagi bagi individu yang sibuk dengan kerja yang ingin jauh dari kesibukkan kerja membuatkan kita terlupa seketika yang dihadapi. Tempat memancing kebiasaannya di Kawasan yang lapang, tidak bising dan mempunyai udara yang segar. Jika ada diantara Rakan atau sedara yang stress, memancinglah jawapannya.
Manfaat yang terakhir adalah menambah kenalan dan ilmu pengtahuan mengenai memancing. Dari masa ke masa kita akan bertambah kenalam kerana minat dalam aktiviti memancing ikan. Dari kenalan mula berkongsi ilmu, cara memancing bahkan tips-tips memancing. Dalam kita menambah kenalan, kita juga menambah pengetahuan. Bak kata pepatah “malu bertanya, sesat jalan” jika kita segan bertanya bermaksud kita rugi sendiri kerana persoalan yang dihadapi tidak menemukan jalan keluar. Sama seperti memancing, kita mahukan hasil tangkapan namun jika salah Teknik atau umpan, maka ikan tidak akan naik.