Ikan Kerapu

Ikan kerapu merupakan ikan yang sering kita lihat dimana-mana tempat memancing. Ianya kerana kulitnya yang mempunyai bintik hitam yang membuatkan ikan ini unik dan senang untuk dikenali. Ikan Malabar atau nama saintifik antaranya ialah Epinephelus malabaricus dan Epinepheluscoioides turut dikenali sebagai brown-spotted grouper di Malaysia dapat dijumpai di laut yang berkarang. Spesis ikan ini meluas sehingga peraian tropika Kawasan pasifik Indo-Barat dari pantai timur Afrika ke kepulauan Tonga, Laut Merah, termasuklah utara ke Jepun dan selatan ke Australia. Habitat ikan kerapu ini kebiasaannya ditemui di Kawasan terumbu karang dan berbatu, teluk, pesisir pantai, paya bakau dan dasar berpasir atau berlumpur. Ia boleh didapati di Kawasan persisian pantai yang cetek sehinggalah kedalaman 150 meter. Dari segi saiz badan ikan ini, ia dapat mencapai panjang sehingga 240cm. Namun selalunya para pemancing biasa menemui rata-rata ukuran 100cm dan mampu mencapai keberatan sehingga 150kg. Ia juga mempunyan warna keabu-abuan atau kelabu hingga warna latar belakang terang seperti putih atau kunig cerah. Tubuh ikan kerapu ini juga mempunya pelbagai jalur tompokan berwarna coklat. Mari ikuti makanan untuk ikan kerapu ini. Ikan ini merupakan pemangsa yang ganas. Ikan kerapu memakan ikan, sotong dan kadang-kadang cephalopod turut menjadi mangsa ikan kerapu. Kerapu boton ini leih aktif memburu makanan pada waktu malam dan suka tinggal di Kawasan lubang tengah laut. Jadi, tunggu apa lagi. Jom memancing pada waktu malam jika ingin mencari ikan kerapu boron ini.