Tergolong dalam genus Barbonymus, Ikan Lampan secara lazimnya boleh dipecahkan kepada dua jenis iaitu Lampam Jawa atau Lampan Sungai. Perbezaan bagi kedua-dua jenis ikan ini adalah dari segi asal-usulnya. Ikan Lampam Jawa merupakan ikan import yang dibawa masuk daripada Indonesia untuk dijadikan produk akuakultur dan Lampam Sungai merupakan ikan tempatan yang berasal dari negara kita sendiri.
Nama saintifik bagi Lampam Jawa ialah Barbonymus Gonionotus. Ikan ini terkenal dengn julukan Silver Barb kerana warna perak pada morfologi luaran ikan ini. Warna sirip ikan ini berwarna perak atau kelabu dan pada siripnya terdapat sedikit warna merah. Jika dibandingkan, Barbel pada bahagian mulut Lampan Jawa lebih pendek dan bentuk kepalanya lebih kecil dan runcing daripada Lampam Sungai. Secara purata, ikan ini boleh membesar dengan kepanjangan sehingga 45cm dengan berat sekitar 1kg.
Dari segi cara hidup, Ikan Lampam Sungai dikatakan spesis yang mempunyai cara hidup dan reputasi pembiakan yang sangat tinggi. Peningatan populasi ikan ini boleh menunjukkan trend yang baik bergantung kepada cuaca, musim dan makanan. Ikan air tawar ini amat mirip dengan ikan Bream di U.K atau ikan panfish di USA. Berbeza dengan warna pada Lampam Jawa, Lampam Sungai mempunyai warna sirip merah dengan kehadiran margin hitam yang jelas dengan purata berat sekitar 1.5kg.