Jenis Tali Pancing

Pemilihan tali pancing merupakan salah satu aspek yang perlu diutamakan dalam penyediaan alatan untuk memancing. Lain orang lain caranya maka dengan itu lainlah pula jenis pancingan yang sering digunakan setiap orang. Segelintir kaki pancing mungkin lebih menyukai penggunaan tali pancing braided, segelintir pula lebih memilih untuk menggunakan tali pancing Mono dan ada juga yang lebih menggemari penggunaan tali Fluoracarbon. Harus diingat perbezaan ini hadir kerana setiap satu jenis ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Tali pancing braided mempunyai tahap kekuatan yang jauh lebih baik kerana tali ini tidak mempunyai daya regangan dan tiada memori pada jenis tali ini. Hal ini bermaksud  tali masih dalam bentuk asal walaupun diregangkan. Kekurangan bagi jenis tali pancing ini adalah tidak tahan pada geseran. Selain itu, tali ini juga lebih mudah dilihat di dalam air dan memandangkan tali ini tidak mempunyai daya regangan maka lebih mudah untuk tali jenis ini meletup secara mengejut.

Seterusnya, kita beralih pula kepada penggunaan tali mono ataupun tangsi. Boleh dikatakan tali ini merupakan tali yang lebih murah berbanding dua jenis yang lain. Tali ini juga lutsinar apabila berada di dalam air. Kekurangan tali ini adalah tidak tahan geseran dan mempunyai spring kerana berbanding dengan dengan tali fluorocarbon yang sama kekuatan, tali mono adalah lebih lemah terhadap geseran.

Akhir sekali, kita teruskan dengan penggunaan tali fluorocarbon yang bersifat lebih tahan berbanding tali mono dan tidak terjejas oleh sinaran matahari. Tali ini juga bersifat lutsinar kerana tali ini lebih mudah menjadi halimunan di dalam air berbanding tali mono yang akan meningkatkan peratusan untuk menundukkan jenis ikan yang bersifat berhati-hati dan susah ditangkap. Kekurangan tali ini pula adalah lebih mahal dan talinya juga adalah lebih keras maka tali fluorocarbon mempunyai lebih memori berbanding dua jenis yang lain.