Penggunaa mesin atas atau dikenali sebagai Baitcasting (BC) adalah sesuai bagi lontaran atau casting. Ia kerana cepat, boleh buat lontaran yang jauh berbanding spinning dan ringan. Rata-rata kaki pancing di luar sana terutamanya bagi kaki pancing yang baru ingin belajar mesin atas.
Saya sarankan menggunakan BC jenama Ajiking atom max ration 7.2 dengan drag power 7kg dan ringan 200g sahaja. Mempunyai 5 + 1 ball bearing. Reel ini di datangkan dengan graphite body yang tahan lasak dan penggunaa magnetik control system. Rod pula menggunakan rod ajiking black bull medium action. Rod ini sangat ringan dan lasak untuk bermain ikan bawah 5kg. Saya memilih tali shinju 919 yang berwarna merah. Kelebihan shinju 919 ini adalah 8 sulaman melilit satu tali yang mempunyai spring atau elastik. Tali ini sangat lasak dan tidak mudah reput dan putus apabila bergeser dengan batu atau halangan.
Saya menggunakan fire eagle zerrox jig head yang mempunyai 3 matakail di bahagian bawah supaya peratusan untuk lucut rendah. Soft platic pula yang berwarna putih luksinar dan panjang dalam 10 cm. Saya hanya menggunakan masa lebiih kurang 3 minit untuk mendaratkan ikan siakap bersaiz sekilo lebih. Jangan lupa menggunakan leader 30-40lb supaya apabila siakap melompat dan sisi terkena tali dan tidak mudah untuk putus.