Baru-baru ini, Kedai pancing TCE Tackles cawangan Alam megah menerima kunjungan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Tujuan kunjungan Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah untuk pelajar belajar tentang kaedah memancing, kenali perlatanan memancing, simulasi memancing dan juga keselamatan semasa memancing.
Kelab memancing ini mempunyai pelajar seramai 63 dan 2 cikgu mengajar atau fasi. Kelab memancing tersebut sampai pada pukul 10 pagi dan disambut oleh wakil TCE Tackles iaitu Mr. Nick. Dan dia mempunyai pengalaman memancing lebih dari 10 tahun. Mr. Nick akan memberi sedikit ucapan dan juga asal-usul tentang TCE Tackles kepada pelajar tersebut. Kemudian akan membawa pelajar tersebut untuk melawat peralatan yang terdapat dalam kedai.
Pendedahan ini akan memberi sedikit sebanyak tentang asas memancing dari segi cara untuk setup peralatan memancing dan juga cara untuk memilihan peralatan ynag sesuai untuk pergi memancing. Disebabkan aktiviti sukan memancing ini mempunyai pelbagai permainan, maka Mr. Nick akan menunjuk ajar pelajar satu demi satu tentang setup peralatan memancing.
Kedai pancing TCE Tackles merupakan kedai peralatan yang terbesar dan terlengkap dari segi peralatan. kalau nak tahu, TCE Tackles mempunyai lebih dari 15 ribu jenis peralatan memancing dan mempunyai 170 cawangan di seluruh Malaysia. Ia boleh dikatakan syarikat yang paling besar dalam industri memancing di Malaysia. Selain itu, Mr. Nick membawa pelajar upm untuk melawat galeri atau muzium yang berapa di tingkat 2. Muzium ini merupakan muzium ketiga oleh TCE Tackles. Muzium yang terbesar berada di cawangan TCE Tackles lunas, kedah dan yang kedua adalah berada di cawangan TCE Tackles jelutong, penang. Muzium ini mempunyai pelbagai peralatan memancing dari zaman dahulu sehingga zaman sekarang.
Kami turut memberi penghargaan yang tinggi kepada pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) yang sudi memberi peluang kepada pelajar untuk mencemburi dalam bidang aktiviti sukan memancing ini dan mempelajari sesuatu benda yang bermakna.