Joran Halus Tapi Berbisa

Joran halus selalu digunakan dalam Ultralight fishing (UL). Mengimbas sejarah UL, Jepun boleh dikatakan pengasas UL  yang mana mereka telah menambah baik gaya UL yang digunakan oleh pemancing di Eropah dan US. Jepun mencipta pelbagai barangan pancing (equipments) berdasarkan UL ini. Apabila kita dalami jenis barangan tersebut ianya termasuk penggunaan joran UL atau joran halus.

          Ramai yang tertanya-tanya apakah setup yang paling sesuai untuk Ultralight Fishing. Terdapat beberapa situasi atau keadaan menjadikan sesuatu setup itu sesuai untuk digunakan dalam UL fishing. Situasi pertama, jika ikan yang dipancing adalah lebih besar daripada setup yang digunakan maka ia dikatakan ultralight. Contohnya anda menarik ikan dengan berat 20kg menggunakan setup 10lbs dikatakan ultralight pada ikan kerana setupnya lebih kecil dari size ikan. Ada juga kefahaman yang berkata jika menggunakan tali yang halus adalah dikatakan ultralight walaupun reel dan rod tidak balance pada tali yang digunakan. Situasi yang kita akan mendiskusikan hari ini ialah apabila kita menggunakan rod yang dilabelkan ultralight walaupun tali melebihi spesifikasinya.

          Untuk memilih joran halus bagi UL fishing terdapat beberapa tips yang perlu anda ambil kira sebagai faktor timbang tara sebelum anda memutuskan bahawa sesebuah joran halus itu baik dan berbisa antaranya jangan teruja sangat apabila anda dipancing untuk membeli joran pump yang tak patah kerana ini bukan joran UL; jangan  beli rod rating lure nya lebih dari 7g kerana joran UL lure rating nya sepatutnya 7g ke bawah; jangan juga ambil remeh apabila sekiranya joran tersebut tidak disertakan dengan sejarah pembuatan rod mereka dan tiada lbs rating. Akhir sekali, pilihlah penjual yang ‘bertauliah’ dan tahu serba banyak (bukan serba sedikit) tentang UL fishing.