Musim Yang Sesuai Untuk Candat Sotong Di Kemaman

Ramai akan tertanya bilakah musim yang sesuai untuk candat sotong di kemaman. Saya akan kongsikan sedikit pengalaman tentang musim yang sesuai untuk candat sotong. Kebiasaannya, candat sotong akan bermula pada bulan Mac sehingga bulan November akan tetapi bulan yang paling sesuai untuk candat sotong adalah bulan April sehingga bulan Jun kerana pada bulan tersebut sotong akan mengawan dan bertelur. Hal ini kerana arus yang perlahan dan air yang bersih memberikan sotong lebih aktif dan berselera untuk makan.

          Arus yang perlahan pada bulan April sehingga bulan Jun membolehkan para kaki pancing mencandat sotong dengan tenang dan selesa. Selain itu, kita perlu lihat pada anak bulan juga kerana anak bulan memainkan peranan yang penting. Sotong lebih suka kepada bulan mengembang berbanding bulan gelap akan tetapi bulan yang terang arus air akan sedikit laju berbanding bulan gelap.

          Jika anda terlepas peluang untuk candat pada bulan April hingga bulan Jun, anda masih berpeluang untuk memilih bulan Julai sehingga bulan November. Tapi perlu memilih bulan hampir terang kerana bulan penuh terang akan mengakibatkan arus yang kuat dan perlu menggunakan batu ladung yang bersaiz 14 hingga 16, anggaran berat dalam sekitar 350g -500 g.

          Antara kegemaran gewang sotong saya adalah henta egi dan squid max dari tce tackles. Kerana gewang ini memiliki ampungan yang sangat bagus lalu menghasilkan lambaian yang cantik apabila di dasar laut. Ini akan menarik perhatian sotong untuk makan gewang tersebut. Selain itu, harga yang cukup murah dan mampu milik.