3 Jenis Spool Baitcast Yang Perlu Anda Tahu

Keistimewaan Reel BC adalah pada lemparan yang dihasilkannya. Reel BC dapat melontarkan lure / gewang dengan tepat, terutama sekali apabila ianya dilakukan dengan beberapa teknik casting yang khusus seperti pitching dan skipping. Secara amnya, kekili baitcaster (BC) ini dicipta untuk mereka yang inginkan lebih kawalan dan ketepatan pada lontaran lure / gewang.

Sungguhpun begitu, tahukah anda terdapat beberapa jenis spool / gelendong pada kekili jenis BC ini ?

SHALLOW SPOOL / GELENDONG CETEK

Kebiasaanya, spool cetek ini seringkali dikaitkan dengan BFS yang bermaksud Bait Finesse System. Sistem ini telah diperkenalkan oleh Jepun dimana para pemancing pada suatu ketika dahulu menghadapi tekanan memancing ikan Bass yang menjadi semakin sukar untuk ditangkap dengan umpan tradisional. Dengan gewang yang sangat ringan, rod dan spool yang sedia ada tidak mempunyai ketepatan pada balingan. Oleh hal demikian, para pengilang meghasilkan spool / gelendong yang lebih ringan untuk membantu memudahkan balingan gewang pergi lebih jauh dan tepat. Jika dilihat pada reka bentuk shallow spool ini terdapat lubang-lubang kecil yang bertujuan untuk mengurangkan berat spool itu supaya dapat memaksimakan pergerakkan pusingan spool saat gewang dibaling.

Penggunaan sistem drag bagi spool cetek ini adalah rendah kerana kekuatan yang ada spool ini berkurangan disebabkan oleh reka bentuk (lubang-lubang yang terhasil) pada spool itu sendiri.

MEDIUM SPOOL / GELENDONG SEDERHANA

Spool sederhana merupakan spool yang terbaik untuk penggunaan pancingan di kawasan perairan Asia Tenggara. Rekaannya membantu para pemancing menyimpan tali yang secukupnya ketika memancing. Kebanyakkan pakar pancingan BC berpendapat bahawa jumlah tali yang diperlukan atau disyorkan bagi penggunaan spool sederhana ini ialah < 85 meter atau kurang daripada 85 meter panjang, 75 meter hingga 80 meter adalah jumlah tali yang ideal untuk spool jenis ini. Hal ini adalah kerana menurut kajian jarak purata balingan gewang adalah sejauh 55 meter bagi orang biasa.

Apakah yang akan terjadi jika spool dipadatkan dengan jumlah tali yang banyak sehingga 100 ke 200 meter ? Spool yang padat dengan jumlah tali yang banyak akan mempunyai tingkat / lapisan tali yang berganda dan ini akan menyebabkan risiko untuk terjadinya ‘birdnest’ adalah tinggi. Selain itu, spool akan menjadi lebih berat dan sukar untuk membuat kerjanya secara tidak langsung ini akan mempengaruhi proses casting anda. Oleh itu, jumlah yang disarankan adalah memadai.

DEEP SPOOL / GELENDONG DALAM

Deep spool atau gelendong dalam ini selalunya ada pada mesin kekili yang bersaiz besar seperti saiz 300, 400 (kekili BC). Jika anda merupakan seorang pemancing yang suka memancing dengan kapasiti tali yang banyak seperti 100 ke 125 meter panjang, deep spool ini merupakan pilihan yang terbaik untuk pancingan anda. Rekaannya lebih sesuai untuk simpanan tali yang banyak.

Source: https://matakail.com.my/3-jenis-spool-baitcast-yang-perlu-anda-tahu/

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran

#MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran