Haruan atau Jalak nama panggilan yang diberi oleh orang tempatan. Ikan ini banyak di sabah kerana spesisnya yang mempu hidup dimana-mana jua keadaan air tawar, walaupun disesetengah tempat yang air agak payau ikan ini juga mampu bertahan. Ramai pemancing di Sabah lebih fokus memancing ikan air masin berbanding ikan air tawar kerana ikan air masin lagi mencabar dan kuat melawan, harga pun lagi mahal berbanding ikan air tawar seperti ikan haruan. Namun, ramai juga peminat-peminat ikan haruan di Sabah terutamanya golong pemancing yang suka teknik casting.
Bagi golongan yang baru berjinak-jinak dalam dunia casting haruan ataupun ingin merasa sambaran top water haruan yang ganas, saya menyarankan mengunakan set Mancing daripada Ajiking, seperti yang saya gunakan dalam gambar. Kobinasi set yang sesuai untuk mencapai balingan jarak jauh walaupun hanya mengunakan Soft Frog Bakau 6g ditambah lagi dengan harga yang mampu milik, anda pasti tidak akan menyesal. Berikut adalah gabungan set yang saya guna, Kekili Ajiking Cast Game Color Up, Joran Ajiking Black Bull 8-17lbs, Tali Benang Ajiking Legend Braid 20lbs, Perambut 30lbs, dan Soft Frog Bakau 6g. Gabungan set ini dijamin dapat memberikan anda kepuasan menarik ikan haruan kerana saya sendiri sudah turun padang untuk mengkaji dan rasai sendiri gabungan set ini malah telah berjaya menaikkan puluhan ekor ikan haruan.