Keunikan dan keseronokan Micro Jigging

Apa itu Micro Jigging
Micro Jigging ialah teknik dan gaya memancing yang boleh menjadi sangat berkesan jika pemancing menguasai teknik, peralatan dan lokasi yang betul.

Peralatan Micro Jigging
TCE Tackles mengeluarkan pelbagai peralatan yang sesuai untuk pancingan teknik dan gaya microjigging ini. Joran yang bersesuaian adalah berkekuatan diantara PE 0.6 hingga 1.0. Joran berkekuatan PE1.5 juga boleh digunakan bergantung kepada lokasi dan berat jig. Kekili spinning bersaiz 2000 dan ke bawah adalah antara pilhan ramai penggemar micro jigging. Namun tidak kurang juga yang menggunakan kekili BC bersaiz kecil disebabkan ratio BC kebiasaannya lebih tinggi berbanding kekili spinning. Penggunaan kepingan besi bersaiz kecil bermula 3g sehingga 30g yang disertakan bersama samaada kail mata tiga atau assist hook bersaiz kecil. Tali benang berskala 5lbs sehingga 15lbs

Bercerita mengenai Micro Jigging, baru-baru ini satu trip micro jigging di kawasan sekitar Pulau Angsa telah diatur. Keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah keadaan angin yang kuat, menatijahkan impian kami untuk jigging di sekitar Pulau Angsa tidak dapat dilaksanakan. Sebagai plan B, kami hanya memancing di sekitar kawasan sangkar Pulau Ketam namun kaedah kami masih sama iaitu Micro Jigging.

Kedalaman air di kawasan sangkar Pulau Ketam kebanyakannya di antara 5-10m, ikan sasaran kami adalah ikan dasar seperti Jenahak, Kerapu dan Merah. Keadaan arus yang agak laju ditambah dengan angin yang agak kuat, kami menggunakan jig denganberat 20g dan 30g

Kami jigging sambil berhanyut dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Jig diturunkan sehingga ke dasar dan diketuk beberapa kali sblm 3-4 karauan di lakukan. Kemudian jig dilepaskan semula ke dasar. Hampir sejam kami melakukan unjunan, jig penulis disambar penghuni dasar. Penulis yang menggunakan Joran Ajiking Atom Plus PE0.4-1.0 yang digandingkan dengan kekili Ajiking Atom 2000 tidak menghadapi masaalah melayan tentangan dari ikan. Tali Ajiking Wahoo braid 10lbs yang disambung dengan Leader Ajiking ProX 15lbs bertindak cemerlang mengawal larian ikan. Akhirnya seekor Jenahak berskala 1kg berjaya di daratkan.

Setengah jam kemudian, sekali lagi jig penulis disambar penghuni dasar. Seekor ikan merah berskala 700g tewas kali ini. Selepas itu keadaan menjadi sunyi sehingga ke petang, hanya beberapa ekor tanda dan kerapu kecil yang meligan jig kami.

Walaupun kami tidak dapat memancing di lokasi sebenar, namun masih berjaya menaikkan beberapa ekor ikan bersaiz table size dengan menggunakan teknik micro jigging. Getaran dan keseronokan apabila ikan menyambar micro jig dan melayan menggunakan peralatan micro sangat menguajakan dan kami akan kembali lagi untuk mencuba ke lokasi sebenar micro jigging kami iaitu Pulau Angsa di masa akan datang.