Percutian Hybrid Langkawi

Terdetik untuk mencuba sesuatu yang unik dan ingin membawa bersama ahli keluarga memancing, pencarian dilakukan menerusi facebook dan di google untuk mencari lokasi yang sesuai dengan pancingan santai bersama keluarga. Hybrid merupakan tema kami kali ini. Yang dimaksudkan hybrid adalah aktiviti melancong,membeli-belah dan memancing dilakukan bersama untuk percutian kali ini. Kebetulan, target kami kali ini juga merupakan spesis Kerapu Hybrid

Kerapu Hybrid ialah hasil dari proses persenyawaan telur ikan kerapu iaitu kacukan induk jantan Kerapu Kertang dan induk betina Kerapu Harimau bagi menghasilkan kerapu hybrid. Kerapu hybrid mempunyai nilai komersial lebih tinggi berbanding spesies lain kerana mempunyai ketahanan yang tinggi, hasil tuaiannya yang lebih cepat, kurang kecacatan dan mudah untuk di ternak. Lokasi kami kali ini adalah Langkawi, dengan lebih tepat lagi lokasi pancingan kami adalah di Kilim Geoforest Park.

Untuk trip kali ini, peralatan heavy cover diperlukan untuk menduga spesis yang sememangnya gemar menghendap dari pintu celahan lubang batu dan membawa umpan ke dalam dan mengakibatkan pemancing berputih mata. Oleh yang demikian, 3 set dan aksesori yamg ditaja oleh TCE Tackles Malaysia dan Ajiking di bawa untuk menijankkan spesis yang degil dan sukar didaratkan ini. Set yang di bawa adalah :

Kekili Ajiking Wahoo Jigmax GT 6000 & Joran Ajiking Zigmax PE 3-5
Kekili Ajiking Boxster BX-918L & Joran Ajiking Zigmax PE 3-5
Kekili Ajiking Wahoo ProMax 4000 & Joran Ajiking Zigmax PE 2-4
Ajiking Invisi Leader 80lbs & 100lbs
Ajiking Buster 9 Braided 50lbs & 60lbs

Pancingan kali ini agak berlainan kerana dalam tempoh 5 jam, kami melakukan pelbagai aktiviti lain sebelum dan sesudah memancing. Jam 1tghr, tekong telah bersedia menjemput kami di jeti dan aktiviti pertama kami adalah ‘Eagle Watching’, kemudian kami di bawa mengelilingi kawasan Kilim dan berhenti di tepi pantai sebuah pulau untuk bermandi manda. Jam 3.30ptg baru sesi pancingan sebenar bermula.

Keadaan air yang surut memudahkan tekong untuk meninjau kawasan berpotensi berhampiran tebing2 pulau yang menjadi sarang bagi spesis kerapu hybrid di sini. Pada asalnya beberapa siri sangkar pecah beberapa tahun sblm pendemik telah membuatkan ikan2 yang dibela tersebut membesar dan membiak dengan cepat disebabkan kurang tekanan dari pemancing mahupun nelayan tempatan.

Tekong hanya menggunakan koyan dengan tali berkekuatan 200lbs. Disebabkan hanya 3 pancing di bawa, sebahagian dari anak2 saya menggunakan koyan milik tekong manakala saya, isteri dan seorang lagi anak menggunakan set heavy cover Ajiking yang ditaja oleh TCE Tackles. Umpan hirisan ikan digunakan untuk pancingan kali ini. Sebaik umpan diturunkan, terdapat getuan dan tarikan penghuni di celahan batuan namun gagal di daratkan, kemungkinan ikan2 kecil yang mencuri umpan kami.

Tiba- tiba anak bernama Aniq yang berada di bahagian tengah bot menjerit, drag Ajking Wahoo Jigmax GT yang berkekuatan 22kg diketatkan ke paras 70% tidak menghadapi masaalah untuk menahan cubaan ikan untuk masuk ke dalam celahan lubang batu. Seekor kerapu hybrid berskala 2kg berjaya di daratkan.

Sedang saya sibuk mencabut matakail dari mulut ikan pertama tadi, seorang lagi anak kembar saya Azim berjaya mendaratkan seekor lagi kerapu. Beliau yang memegang set Ajiking Wahoo Pro Max dan Ajiking Zigmax saya tidak menghadapi masaalah menaikkan sendiri ikan tersebut tanpa bantuan sesapa di bahagian hadapan bot.

Belum pun 15 minit kami telah menaikkan 2 ekor kerapu hybrid, keadaan menjadi sunyi dan kami berpindah ke lokasi lain. Sekali lagi sebaik sahaja umpan diturunkan, isteri saya yang tidak putus asa membuat balingan dan karauan menerima rentapan padu dari celahaan batu. Beliau yang menggunakan Ajiking Wahoo Jigmax GT yang digandingkan dengan joran Ajiking Zigmax tidak menghadapi masaalah mengawal dan seterusnya menaikkan ikan. Tali perambut Ajiking Invisi X Leader ternyata kuat dan mampu menahan geseran pada batuan tajam di dasar.

Masa semakin suntuk, kerana sibuk menguruskan ikan2 hasil pancingan anak isteri, saya tidak banyak peluang untuk memancing. Mujur peralatan Ajiking mudah dikendali oleh sesiapa sahaja yang baru ataupun telah lama memancing. Tidak lama kemudian, sekali lagi isteri saya menaikkan Kerapu dalam keadaan saya sibuk memulakan pancingan namun kali ini saiznya agak kecil berbanding sebelum ini.

Tekong mengajak kami bertukar lagi lokasi, namun saya meminta untuk membuat lontaran terakhir. Balingan tepat ke arah kawasan gua berbatu, karauan dilakukan perlahan dan tibatiba, umpan disedut dan ditarik dengan rakus. Kedudukan ikan yang melarikan diri ke kawasan dalam pintu gua benar-benar menguji kemahiran saya. Joran Ajiking Zigmax dan kekili Ajiking Boxster BX918L benar2 di uji. Perlawanan yang tidak lah lama namun sengit dan akhirnya ikan tewas. Seekor lagi kerapu hybrid bersaiz4kg berjaya di daratkan.

Tidak lama kemudian, baru sahaja tekong ingin mengubah lokasi, anak bongsu yang berumur 6 tahun yang menggunakan koyan menaikkan ikan dengan bantuan tekong. Beliau nyaris terlepas koyan yang dipegang kerana ditarik ikan. Mujur tekong pantas bertindak dan membantu menaikkan seekor lagi kerapu.
Kami berpindah ke lokasi terakhir, masa semakin suntuk dan kami perlu menyelesaikan satu lagi aktiviti sebelum pulang ke jeti iaitu makan di restoran terapung. Tekong yang dari tadi hanya memerhati gelagat kami, menurunkan koyannya di belakang bot, tidak perlu menunggu lama, beliau berjaya menaikkan seekor lagi kerapu dan merupakan yang terakhir buat kami. 5 minit kemudian kami bergerak ke restoran terapung dan menikmati makan mlm kami sebelum pulang ke jeti.

Walau hanya 1 jam setengah memancing, ianya cukup berbaloi kerana kami sekeluarga berjaya menjinakkan 7 ekor kerapu hybrid di dalam masa yang singkat. Sememangnya lokasi pancingan santai ini perlu dipelihara agar ramai lagi berkesempatan merasa tarikan kerapu hybrid liar bersama rakan mahupun keluarga.

Peralatan ‘Heavy Cover’ keluaran Ajiking ini sememangnya berbaloi untuk dimiliki dan keupayaannya tidak lagi dapat disangkal. Dengan harga yang mampu milik, kualiti yang tetap dititikberatkan dan standing dengan jenama lain yang jauh lebih mahal harganya, pasti ianya adalah peralatan yang harus dimiliki. Terima kasih pihak TCE Tackles dan Ajiking atas kepercayaan dan tajaan peralatan memancing.