Jenahak Masuk Sungai Semawang

Sungai Semawang yang terletak di Batu 28, Sandakan, Sabah mempunyai sumber makanan yang tinggi seperti ikan-ikan kecil dan juga udang. Justeru ini, Ikan-ikan pemangsa laut dalam juga mengambil kesempatan masuk ke dalam sungai ini untuk bertelor dan membiak seperti ikan Alu-Alu, Jenahak (Tabung), Kerapu, dan juga talang. Saya mengambil peluang ini untuk mencuba teknik casting dan trawling, namun banyak kawasan casting seperti dikawasan pokok rebah telah hanyut oleh arus dan ada pulak yang reput dalam air. Tanpa berlenggah lagi, kami bertukar ke teknik trawling atau dikenali sebagai teknik menunda. Kawasan sungai ini menpunyai kawasan tanah lumpur dan juga kawasan batu, dengan itu kami pilih kawasan berbatu disebabkan potensi strike ikan lebih tinggi berbanding dikawasan berlumpur.

Setup yang digunakan pada trip kali ini adalah kekili Ajiking Cast Game Color Up berkekuatan drag 7kg, Joran Ajiking Black Bull 8-17lbs tetapi joran yang saya sarankan adalah 10-20lbs kerana dalam sesetengah situasi kita perlu lawan dan memaksa ikan keluar dari kawasan sangkut, Tali Ajiking Legend 20lbs, sya juga sarankan mengunakan tali 30-40lbs dikawasan sungai kerana ikan-ikan sungai ini pandai masuk ke kawasan yang banyak sangkut, gewang pulak saya mengunakan jenis yang menyelam. Hampir 30minit trawling, saya berjaya menaikkan ikan Jenahak bersaiz 800g. Target kami pada hari tersebut ialah mancing ikan dan udang, memandangkan ikan sudah ada, kami terus berpindah ke kawasan udang. Berkat kesabaran yang tinggi, kami berjaya juga menaikkan berberapa ekor udang dan berjaya mengambil gambar yang cantik.