Pertandingan memancing Sri Jerjak 2021

Pertama sekali, kami dari Persatuan Nelayan Sri Jerjak, Pulau Pinang ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan pihak TCE bagi memeriahkan lagi pertandingan memancing Sri Jerjak 2021. Kami seramai 28 orang dengan 5 bot, memulakan pertandingan memancing sekitar Pulau Jerjak dan Jambatan Pulau Pinang.

Lebih menarik, TCE tackle berbesar hati untuk memberi setiap peserta sehelai t-shirt dan pouch bag Ajiking untuk kami pakai semasa pertandingan dan trip-trip akan datang. Warna terang dan menarik.. dari jauh kami dah dapat tahu mana satu bot yang menyertai pertandingan.

Seawal jam 730 pagi, sudah ramai peserta tiba tempat berkumpul. Selepas taklimat diberikan oleh Saudara Adnan selaku ketua penganjur, kami bergambar dengan t-shirt Ajiking berserta pouch. Rata -rata peserta amat gembira dengan pemberian TCE dan menyemarak semangat untuk menaikkan ikan – ikan sekitar Pulau Jerejak. 

Bermula jam 830 pagi, wisel permulaan ditiup dan semua bot bergerak ke lokasi pilihan masing – masing. Ada yang tekong terus ke Jambatan P.Pinang, Pulau jerejak dan beberapa lokasi kegemaran sendiri.

Jam 430pm kami menamatkan pertandingan, semua peserta menzahirkan rasa gembira dengan pertandingan kali ini walaupun ada yang pulang dengan tangan kosong. Untuk edisi kali ini, ada 9 kategori dipertandingkan; bermula dari tekong dengan ikan tersikit, ikan terkecil, ikan kurau/senangin, ikan terhampir 900gram, kumpulan dengan ikan gred terbanyak dan kategori individu 1,2 dan 3.

Alhamdulillah, jam 6pm pertandingan berakhir dengan mengukir sejarah dan pengalaman kepada setiap peserta dan tekong2. Selain pulang dengan ikan hasil pancing, peserta turut pulang dengan hadiah pertandingan dan hadiah iringan dari pihak penaja.

Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan tekong atas kerjasama dalam menjayakan pertandingan kali ni.

Tak lupa kepada TCE Tackles, kami amat berbesar hati dengan jalinan persahabatan dan sumbangan yang diberikan. Semogo TCE Tackles terus maju insyaALLAH dan kita bertemu lagi dalam pertandingan versi 2022 pulak!!

#TCEBest

#TerimaKasihTCE

#SriJerjakFishingTournament

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *