Udang Galah 2

Siapa tak kenal udang galah yang mempunyai penyepit berwarna biru dan boleh didapati di sungai. Nama lain selain udang galah ialah Macrobachium Rosenbergii dan ianya merupakan udang air tawar yang diternak secara komersial. Udang ini juga merupakan udang idaman para pemancing kerana rasanya yang sedap. Namun cara menangkap udang ini tidak mudah. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan kemahiran.

Yang pertama, lokasi.
Kita perlu mengetahui tempat udang berkumpul. Terdapat dua tempat rumah udang yang boleh kita dapati iaitu dekat dengan hulu dan hilir sungai. Jika para pemancing ingin mencari udang dimana tidak perlu melalui sungai, mereka boleh memancing di kolam udang. Selalunya masa terbaik untuk memancing udang ini adalah waktu selepas musim tengkujuh.

Yang kedua, peralatan.
Untuk mendapatkan udang ini, kita harus menggunakan peralatan yang betul. Peralatan ini boleh didapati di stokis TCE Tackles, antaranya:-

  1. Rod udang (X puyu dan Ajiking)
  2. Mata kail (saiz 3, jenama Fire Eagle)
  3. Ladung (saiz 5)
  4. Tali (20 lbs)
  5. Perambut (10 lbs)

Yang ketiga, semestinya umpan dan waktu.
Umpan yang sering digunakan untuk udang ini ialah cacing tanah. Manakala waktu yang sesuai untuk memancing udang adalah pada waktu air keruh dan tidak sejuk