Redtail Catfish

Redtail Catfish atau nama spesifiknya yang dikenali sebagai phractocephalus hemioliopterus merupakan ikan lele atau panggilan spanish pirarara yang berasal daripada Amerika Selatan. Ikan ini menjadi tumpuan kepada para pemancing kerana bentuk dan warna terhadap ikan yang kontras  dengan warna putih pada bahagian perut dan hitam pada bahagian atas serta warna merah pada ekor ikan.

ikan ini selalu dibuat sebagai perhiasan kerana sifat dan bentuk nya yang unik. Antara keunikkannya yang lain ada dua kategori. Yang pertama ukuran kepalanya yang besar dan melebar mirip seperti ikan keli/haruan/doraemon. Kemudian yang kedua adalah warna ekor ikan yang berwarna merah menarik para pemancing kontras dengan warna tubuhnya. Jika anda hendak tahu, semakin panjang umur ikan tersebut, semakin marak warna merah dibhagian ekornya.

Cara penjagaan ikan ini tidaklah susah kerana makanan ikan ini boleh didapati dimana-mana. Antara makanan yang boleh diberikan kepada ikan ini ialah isi perut ayam, epal (merah), ikan keli dan juga cengkerik. Redtail Catfish ini juga mampu tumbuh dengan kepanjangan maksimum 1 meter lebih dan keberatan 80kg. Ikan ini mampu hidup dengan lebih lama sampai dapat mencapai sehingga 20 tahun.