Kerapu Bara

Ikan Kerapu (Grouper) adalah antara ikan paling popular di negara kita, tak kira di mana sahaja pasti terdapat peminat ikan kerapu ini.

Permintaan yang tinggi terhadap spesis ikan serta harga yang tinggi dipasaran di Malaysia telah membuatkan pemancing sentiasa memburu ikan ini.

Pemancing sanggup meredah lautan lepas selama berhari-hari semata-mata untuk memancing ikan kerapu ini yang mempunyai rasa yang lazat apabila di jadikan hidangan.

Namun, Ikan Kerapu Bara atau nama saintifiknya Cephalopholis sonnerati merupakan sejenis ikan air masin yang sangat popular untuk para pemancing.

Ikan Kerapu Bara merupakan ikan badan tebal dengan bonggol di bahagian kepala.

Ia mempunyai warna merah kepada kuning bata-merah atau perang, kdang-kala dengan tompok perang, merah atau putih. Ia mampu membesar sehingga sepanjang 58 cm.

Warna merah menyala pada ikan ini menarik perhatian para pemancing untuk menangkap dan jangan sangka warna ikan ini yang berwarna merah menyala ini tidak sedap di makan.

Kerapu yang berwarna merah ini sememangnya menjadi hidangan popular di restoran mewah yang menjual makanan laut.

Tidak seperti warnanya, isi ikan ini amat lembut dan lazat di jadikan hidangan.

Ikan ini kongsi tempat tinggal bersama saudara terdekat mereka iaitu ikan kerapu.

Ikan ini juga banyak terdapat di perairan Asia Tenggara dan menjadikan kawasan karang dan batu sebagai tempat tinggalnya

Umpan: Dimana ada kerapu, pasti ada kerapu bara. Begitu mudahnya untuk memperolehi ikan kerapu bara jika kena dengan lubuknya.

Maka umpan yang digunakan sama sahaja dengan umpan untuk memancing ikan kerapu biasa. Hirisan isi ikan atau sotong amat efektif untuk memancing ikan ini.