Ikan Sagai merupakan ikan yang dikategorikan sebagai ikan di dalam keluarga Trevally bersama-sama dengan ikan Ebek dan ikan Cermin. Dari segi fizikal ikan ini berbentuk leper dan berwarna gelap di bahagian mulut ke bawah dan bahagian atas agak sedikit cerah. Apa yang membezakan ikan ini dengan dua spesis ikan di atas adalah dari segi saiz dan bentuk sirip Dorsal dan bentuk badan ikan. Purata saiz ikan Sagai dalam 20kg dan paling berat direkodkan ialah seberat kurang 30kg.
Dari segi taburan ikan ini di Malaysia, kawasan perairan Sabah dan pantai timur Semenanjung Malaysia sering menjadi lokasi tumpuan. Secara spesifiknya, kawasan tumpuan ikan ini ialah kawasan tukun, karang dan tepi pulau yang berbatu.
Dari segi teknik memancing ikan ini pula, teknik yang digalakkan ialah teknik jigging dan bottom. Seperti yang telah dinyatakan pada awal bahagian artikel ini, memandangkan spesis ini merupakan spesis keluarga ikan Trevally maka tidak hairanlah sekiranya terdapat persamaan teknik memancing di antara ikan ini dan juga ikan-ikan yang lain dalam spesis yang sama seperti ikan Cermin atau Ebek.