Kembara Jalak

Ikan Jalak atau lebih popular dengan namanya sebagai Ikan Haruan di kalangan pemancing dari kawasan semenanjung Malaysia merupakan  sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Nama saintifik adalah Channa striatus.

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram namun ada ia boleh membesar lebih daripada 5 kilogram.

Penulis menelusuri hutan konkrit di sekitar kawasan Kota Kinabalu untuk memburu Ikan Jalak di lokasi-lokasi yang dikenal pasti menjadi habitat yang sesuai dengan Eco-sistem Ikan Jalak. Rod Ajiking APOLLO SV602MLS, Reel Ajiking VENATOR 3000,Line 8lb, Lure Soft Frog 3g.

Jika kita memfokuskan pemerhatian habitat bagi ikan Haruan, kita dapat melihat bahawa ikan Haruan lebih memilih untuk menjadikan kawasan yang terpencil dan dikelilingi semak-samun dan hutan yang sunyi dan bersuhu lembab untuk dihuni dan kadangkala ikan ini juga boleh dijumpai di kawasan seperti parit dan longkang yang tidak diganggu manusia untuk mencari makanan.